Tuesday, April 14, 2009

blog lounge #022

ini entri saya yang bernombor pejabat pendaftaran ke duaratus. senyum kasi lebar sikit, hee. tak sangka lah dah dua ratus kali saya melumurkan bebelan kat badan gerimis yang bewarna pink neh, hahaha. dan lagi tak sangka kau sabar kan gerimis dengan tuan kau yang sangat cepat emosi lagi belum cukup matang neh (i baru nak masuk 18 tahun apeee) -_______-" salute you lah babe. *tabik hormat*
nhmnrh: i lap you, gerimis...!
gerimis: i mop youu, darling. *gelak sakan*
T_________T tsk. nak mop kita pulak dia. i tenyeh badan you dengan banyak lagi bebelan nanti baru you tau awan kesembilan tu tinggi mana! eh, kejap. nak ambil cloud nine. hahaha.
.
.
.
sudah kembali. okay, kalau ada pun blog lounge yang memerlukan saya berfikir panjang untuk menjawab, (supaya tak terserlah estupidos nya) ini lah tagnya. bertempayan jawapan yang berlintas langsung dalam kepala neh tapi terpaksa difilterkan. kau ingat nak pilih perfect lover macam pilih topeng untuk masquerade party? boleh rembat ikut suka? pergilah mabuk jauhjauh. mind you, saya tak suruh korang mabuk okayh. itu metafora.
Tajuk : 8 point yang saya cari dalam perfect lover
Target : jejaka idaman malaya

1. Beriman.
; saya tak minta lah lelaki tu kena bersongkok berserban bertasbih twentyfourseven tapi sekurangkurangnya lelaki yang cukup bilangan solat dan lancar bacaan alQurannya. yang penting saya nak lelaki tu reti mengimamkan solat saya. what to do, saya bukan sesempurna saidatina khadijah jadi saya tak boleh impikan lelaki sehebat Rasulullah SAW.

2. Melebihi saya dalam segalanya.
; lantaklah kalau saya masih konservatif atau palingpaling pun katalah saya kuno tapi bagi saya lelaki tu fungsinya adalah sebagai ketua. tak kisahlah lebih dalam soal makan ke, pelajaran ke. kan dah kata segalanya.

3. Berkewangan.
; yang ni pun, saya tak minta hantaran porche berkepuk dalam garaj rumah yang sebesar shopping complex Glorietta di filipina yang empat kali ganda midValley. cukuplah kalau saya TAK ADA persamaan dengan kanakkanak somalia yang menggelupur kebuluran dan tak berumah. peace.

4. Ikhlas.
; apa yang dia buat semua datang dari hati, (secara logiknya mustahil). tapi ikhlas kat sini meaning dia sayangkan saya tanpa rasa terpaksa dan terima baik buruk saya seadanya. okay, cliche. habis, apa kau ingat parents aku nak lepaskan aku kat lelaki yang dah terang lagi bertorchlight tak sayangkan anak dia? mimpilah weh.

5. Serius, Tegas, Berprinsip.
; sangat berguna untuk cairkan kekerasan kepala dan kekerasan hati saya. lebihlebih bagi saya yang suka sangat menguji hati orang. kau ingat ini mikrofon ke boleh test test cubaan satu dua tiga...? dia jugak kena tahu apa yang dia nak dan bukan main ikut je. saya perlukan lelaki yang boleh pimpin saya. itu saja.

6. Tak merokok.
; tak ada maknanya perfect lover kalau berkepul asap dok hala kat saya macam nak sangat saya pergi dulu. terus terang, saya memang tak suka lelaki yang merokok. bukan benci eh, mark that. saya akan sedaya upaya elakkan tapi kalau dah jodoh dengan orang yang merokok, Tuhan je lah yang tahu.

7. Bepenampilan menarik.
; saya bukan memilih choosy cerewet ke apa tapi tak salah kalau kita pilih yang terbaik, kan. kalau tak smart bertuxedo di siang hari, tak stylo sangat pun tak apa cuma janganlah selekeh sampai rambut pun tak sikat tapi. itu melampau namanya. NAK PANDANG PUN TAK BERSELERA, LAGIKAN NAK TOGETHER FOREVER, KAN T_________T

8. Fleksibel.
; ini penting. lelaki tu mesti boleh adaptkan diri dia dengan keadaan emosi saya. kadangkadang dia perlu matang, (kalau nak buat keputusan hidupmati pun mainmain, saya dah tak pandang dah) tapi dia jugak perlu ada childish site dalam diri dia. hint: SAYA SUKA LELAKI YANG BOLEH MENYANYI LAGU TELETUBBIES, hee. tak tau teletubbies? pergi google sekarang, okay.

kriteria neh cuma dari pandangan saya saja jadi tak payahlah hentam kat comment kata; "WOI, TAKKAN KAU NAK LELAKI YANG BAGUS JEE, AKU YANG SELEKEH MISKIN NI KAU REJECT CAM TU JE AH. CAM NI KAU EHH" okay, tu contoh.

jodoh pertemuan di tangan Tuhan. kan? :)

tak ada siapa tanya; mr. architect ada semua kriteria neh?
em. setakat ni, dia yang terbaik. insyaAllah, saya harap dia kekal dengan diri dia sekarang. ilys.

saya tag: anak gadis yang masih belum berkahwin, hee.
; KAK ALIN ;P
; inda.
; fawani.
; nasquin.
; wafiqah.
; fasya.

whatsoever: mulai sekarang kena rajin buat homework cambridge, tolonglah.

6 comments:

Naddie Anuar said...

ohhh...
sangat ske example untuk no 3. berkewangan tu. perluke gune GLORIETTA?? hoho~

nhmnrh said...

kak naddie;

hahaha.
sangatt perluu!
untuk menonjolkan kehebatan rumah yang KONON besar sangat tuh.
hee ;)

MiZz-AreLyNN Amin said...

ooo .. umah mcm mid valley pun ok ... tak sempat nak ound satu hari ... sampai suku umah kaki da sakit .. weii .. sampai ati u tak tag i ... mentang2 la i da kawen .... ;(

nhmnrh said...

kak alin;

haha.
kak alin tak tengok Glorietta tu lagi.
sumpah empatkali ganda mid valley.
nua yang dah dua tiga kali pergi filipina pun tak pernah habis round.

p.s: dah tag dah!! hee ;D

MiZz-AreLyNN Amin said...

Laaa.. ye ke ? ampeh betula la .. ader je la yang nak lawan mid val aku nih ... kui3.. huisshh .. kene gi Filipino nih .. tapi nenek bile balik je musti bg kitaorg kat umah nih buah mangga ...


p/s : I love u
ehh silap ...
p/s : la ... akak main2 je la .. mana bole akak wat survey tuh .. nanti cik syueib buah hati pengarang jantung merajuk kang ... ;p

nhmnrh said...

kak alin;

haha. neh chenta mati kat midvalley lah neh ehh.
har har har.
buah mangga kering tu ehh?
mmg famous pun kat sana.

ps: jgn bagitau abg syueib ;P hahaha.