Saturday, April 4, 2009

bila cikgu ajak saya bercinta

betul. cikgu saya pernah ajak saya bercinta. shhh, korang janganlah baca kuatkuat. mulut jangan kumatkamit membaca. cuba baca dalam hati sikit tengok macam mana. jangan sampai berbunyi pun. ini kes serius. kening tu pun jangan dok kerutkerut depan komputer lappy pc bagai. muka kena relaks, control ayu. bagi perempuanlah. YANG KAU LELAKI NAK KONTROL AYU DAH BUANG TEBIAT KE APA.

okay, dah sedia nak dengar skandal terhebat seorang nuha muneerah?


ingat. jaga hati. jaga telinga. jaga mulut. semua kena jaga. apa yang korang baca ni biarlah habis kat sini jee. jangan dok bawa mulut tu merata. biar pecah di perut, jangan pecah di mulut. pinky promise? ini kira darkest secret ni.

untung kau tau kalau pandai bersecret nih. nanti mak cik kat kampung dok potpet anak dara siapalah yang pandai sangat simpan rahsia neh. meh isi borang jadi menantu. hah, bahagialah bukan sudah ditempah awal, hahhah.

satu soalan cik; kenapa bersimpangsiur sangat melalut kata nak kongsi skandal.
ops. okay, kita selar ketam itu mari.


GURU FIZIK KATA;
cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (perempuan).

GURU BIOLOGI KATA;
cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya.

GURU KIMIA KATA;
cinta merupakan tindak balas kimia yang tidak diketahui unsurnya.

GURU MATEMATIK KATA;
cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar.

GURU PENDIDIKAN ISLAM KATA;
jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa.

GURU PENDIDIKAN MUZIK KATA;
cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan.

GURU EKONOMI KATA;
cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung.

GURU SEJARAH KATA;
cinta akan hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.

GURU GEOGRAFI KATA;
cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah. Cinta itu kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh.

GURU BAHASA KATA;
cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya.

entri ini mengecewakan anda yang mahukan skandal saya kah? aduhai. jangan macam tu weyh. tak berkat hidup nak ambil tahu skandal orang sematamata. tak ada deh cikgu mengajak saya bercinta. jangan pernah dilintaslangsungkan dalam kepala pun. padahal ada jee tertarik kat cikgu praktikal, hahaha. apasal buka pekung di dada neh. apasal neh. kejap lah nak kelabukan. biar samarsamar senja. eceyh.

hidup ni bukan macam novel yang penulis tu ada hak imaginasi yang luas untuk bawa watak dan jalan ceritanya ikut apa yang dia suka. okay, melalut apa lagi. tak, nak cakap yang bukanlah tak ada cikgu bercinta dengan anak murid macam yang ada dalam novel tu tapi seeloknya dielakkan. okay, nak cakap tu je. nanti kena ban boleh pengsan tak bangunbangun.

bye, nak menyorok.
madah diadaptasi dari blog koleksi cinta :)

whatsoever: mr. architect, oh mr. architect. *mengeluh*

4 comments:

MiZz-AreLyNN Amin said...

Cis!~~ mati2 aku ingat kisah cinta kamu tadi ...

aL sYa said...

haha stuju2..
btul ke nuha x copy dr mane2 ne?
ekeekekke

nhmnrh said...

kak alin;

hahaha.
mana mungkinlah bercinta dengan cikgu sendirii.
hihihi.

nhmnrh said...

alyaa;

haha.
kat bawah tu kan kita ada tulis diadaptasi dari blog koleksi cinta :)