Friday, April 17, 2009

bersandar kejap.

dear gerimis;
sebolehnya memang tak nak cerita lah apa yang tengah dirunsingkan dek kepala saya nan satu neh tapi macam makin simpan makin nak menanah otak ni kau tau. rasa macam nak cabut kepala, resetkan mind balik dan leave it tak payah pasang terus.

ewah, comel lah sangat punya perangai tuh nak tinggaltinggal kepala. ah, cakaran manja malam neh cuma nak kongsi emosi saya yang tak berapa nak stabil. faham tak? faham tak? tak faham? lantak kau lah.

dear gerimis;
this is a confession of a broken heart. tak, tak. ini bukan soal hati yang hancur luluh atau pecah berderai ke apa. bukan pasal kecewa. ini cuma satu lagi cakaran emosi saya yang akhirnya menflykan saya entah ke ceruk dunia mana tah.

kalau ada hati yang retak seribu hari ni pun bukan hati saya... tapi hati si dia. him to be exact.

dear gerimis;
awat lah aku pi selekeh sangat buat dia lagu tu? mungkin saya neh hanya layak main sepsepsep tomtomtom di pangkin rumah jiran sambil menyanyi lagu 'chan-mali-chan ohoi' atau bermain batu seremban di surau waktu orang lain tengah solat tarawih sambil buat muka naif sebab saya betulbetul tak pernah cuba nak jadi dewasa.

lebih bullseye kalau saya cakap, saya asyik nak duga hati dia je. kau ingat dia tu robot ke tak ada perasaan yang kau nak cucuk sentiasa? hah, hah?

dear gerimis;
mesti dia kecewa, kan. lebih teruk, mungkin dia dah berpatah arang dengan saya kot. haih. janji eh, sumpah saya rasa macam nak halakan M16 kat kepala sendiri, (mentangmentang lah kat kem plkn sana dia dok testing M16). dia lagi.

saya tau lah tu silap saya tadi. pandai sangat nak jadi pembesar suara bergerak. kan dah kenangan manis kau dan aku... takkan tergugur, duri ranjau dalam bercinta, lumrah dunia.. abaikan, tak ada kaitan. heh.

dear gerimis;
jadilah penghibur kehormat di kala duka saya please. tadi terasa panas je atmosphere dek pengakuan hina lagi durjana saya pada dia tu. semua sebab cuaca lah neh! (tak ada modal salahkan cuaca T__T)

dear gerimis;
aku nak minta maaf dengan dia betulbetul tapi dia diam je. apa maknanya eh. bila saya tanya kenapa dia diam, dia jawab; "mir speechless. sayang sanggup cakap macam tu."

oh my god! rasa muka macam kena hempap dengan tujuh lapisan langit! selekeh lah saya neh, selekeh! dapat lelaki punya baik macam tu pun masih nak buat perangai.

dear gerimis;
saya patut kena hantar duduk kat perkampungan hulu malaysia. biar belajar sikit cara nak bertamadun. terutamanya jaga hati orang yang saya sayang dan sayangkan saya. ergh.

dear gerimis;
aku naik seriau bila baca balik semua yang aku tulis neh. cakaran lara dah tamat. nak pergi menidurkan diri. satu, dua, tiga. off.

whatsoever: sorry seems to be the hardest word.

5 comments:

syrrul said...

ouch :/ wht happened.

nhmnrh said...

@syrrul
salah kita sendiri T___T
damn damn damn.
ergh.

nhmnrh said...

testing one two three.

MiZz-AreLyNN Amin said...

Nuha .. Dulu akak pun ader gak situation mcm Nuha ... Kadang2 kiter ader buat silap ... Tapi nama pun manusia ...byk blaja new thing .. kata da remaja ... of course kadang2 kite tak sedar aper yang kite buat akan effect org lain .. tapi takpe .. yang penting blaja dari kesilapan ...

nhmnrh said...

@7168932748110334907.0
kak alin;
huhu. tau tak apa.
tapi dia tak marah nua langsung tauu.
dia diam je.
takut T______T