Friday, March 13, 2009

saya bertransformasi sudah

maaf. mungkin ayat saya dalam entri semalam tu agak kasar. dah nama pun manusia, tak boleh tak buat silap, haha. typical me. maaf lagi kalau entri semalam tu macam nak ajak korang bertumbuk tepi jalan sampai kena angkut masuk lori angkut pembenci keamanan -___-" eh eh. apa ni. apa niii.

okay, mahu kenalkah nuha muneerah yang baru? yang akan sentiasa senyum mulai hari ini. dan akan spent lebih banyak masa di luar bilik sendiri aka duduk kat family hall sepanjang masa ONLINING. hahaha.

malam semalam saya telah diterapikan oleh cik apa; aunty saya yang merupakan seorang psychiatrist. nasib baik jiwa muda saya tak memberontak untuk terus degil bersedih. sebaliknya, saya terima semua nasihat cik apa dan cuba untuk jadikan apa saja pandangan dari akal berdarah panas berusia 18 tahun ini kepada positif. everything.

untuk rakanrakan yang kurang berjaya, saya ingin kongsi nasihat ini dengan korang;
  • setiap yang berlaku ada sebab dan hikmahnya.
  • keputusan spm tu dah jadi satu fakta dan tak ada apa yang boleh dibuat untuk ubah apa yang dah terjadi.
  • ambil peluang untuk rapatkan diri dengan keluarga.
  • fikir tentang mereka yang lebih kurang nasibnya.
  • spm hanya satu langkah kecil kalau nak dibandingkan dengan zaman di universiti.
ya. itu antara katakata cik apa pada saya. yang saya akhirnya nampak dengan jelas kenapa saya harus matikan rasa sedih itu. dan kata cik apa, setiap kali saya ingin menangis, kata pada diri sendiri yang semua ni ada hikmahnya. katakan, nuha. katakan.

kalau boleh, saya nak pinjam kegembiraan dan senyuman zahidah masa dia dapat tahu result dia. kalaulah boleh... walaupun dia dapat 5A, (and im proud with you, my dear) dia bersyukur dan masih gembira. saya mahu ketabahan tu.

tapi entah kenapa malam tadi saya kalah lagi. mungkin expectations dan pressure pada diri sendiri terlalu tinggi sampai saya tidur malam tadi masih lagi menangis. sampai kena surrender dari golek golek peluk cik bulan dan capai cd kabhi kushi kabhi gham untuk usha hitrik roshan T,T entah pukul berapa pagi tidur pun tak tahu.

sekarang saya harus kuat menjawab soalan orang ramai dan juga kuat untuk mempertahankan sebuah senyuman yang bilabila masa saja boleh dilitupi dengan air mata. (pardon me for the kesasteraan ayat okay. masih emosi dan jiwajiwa). betul kata cik apa, nak menghadapi tu yang payah.

for once in my life, i wish i am invisible.

dan saya akan ambil peluang percutian keluarga ke terengganu mulai esok hingga hari isnin untuk kumpul semangat dan keyakinan baru. saya nak ditemani gelak tawa dan angin laut lepas satu hari emosi saya keletihan semalam.

whatsoever: akhirnya saya boleh jerit yang saya dapat 7A4B and saya bangga dengan diri sendiri.

4 comments:

shadah..♥ said...

go nuha! mcm tu la.
fikir positif
kte dpt 3a. pun xboleh buat ape2...
kte skrg dlm dilema: pilih course dlm uni
ktepun start esk balik kmpg for 5 days utk relaxkn mind
dn bincang dgn keluarga ttg kerjaya pd msa depan.
chaiyok nuha!

saya said...

thank you so much, inda :DD
sayang kamu, tahu!
mari kita relax bersamasama, okays?
ganbatte to you!

Farhanim Manan said...

omg kak!
andai saya kamu,
saya bangga dengan keputusan saya.
sejujurnya :)

saya said...

anim;

susah nak bangga kalau harapan orang dan diri sendiri terlalu tinggi, dik :)