Saturday, March 21, 2009

pon10x kereta kecilku berbunyi

sebenarnya dah lama simpan idea nak karang entri ini. sengaja tulis entri melenggang kangkung di tepi kali untuk redakan sikit ke-nervous-an nak ambil cambridge placement test petang nanti. fuhfuhfuh. okay, mari berkenalan dengan kereta myvi yang saya pandu. oh, dia masih tidak bernama -___-" hahaha.

tidak terjumpa nama yang sesuai. sesiapa ada idea atau cadangan? *kelip mata bak bakal pengantin menunggu bakal mak mertua sarungkan cincin di jari manis* perghh. ayat macam sudah expert jeee. kahkahkah. mahu kena cubitkah?
tadaaa...! myviku yang comel, ehem ehem. (kereta ini dibeli atas nama umi, harap maklum). sebab tu yang "ku" tadi tu saya kasi strike sama dia. hahaha. padan muka. berangan lagi. semalam telah drive ke sacc. ahhh, benci kamu, roundabout. sudahlah bulat berbanyak kuda eh kereta. mengajak main merry go round pula tu. pening!

suka suka warna silver. padahal sebenarnya nak warna merah tapi merah tu solid susah nak jaga tak lawa dan sebagainya. lepas tu pilih cranberry blue yang konon warna baru tapi tak ada stock sebab terbaru sangat kena tunggu lama kalau nak sangat. jadi, ya. silver saja yang ada.

er. nombor plat kereta terpaksa disenaraihitamkan untuk mengelakkan peminat misteri mengejar di tengah jalan raya. ewah. apakah inii -_____-" kereta still tertampal pelekat P lagi ada hati nak peminat jalan raya.

p.s: stalker adalah sangat menaikbuluromakan.

sekarang ni tengah dazzle lappyku yang serba hitam ini. ini hari kaler sedunia ke apa sampai banyak sangat sebut kaler dalam satu entri. hmph. nanti bila sudah selesai didazzle akan ditayang ke seluruh mata ;)

whatsoever: berdebar pulak nak placement test ni padahal tak ada apa pun.

8 comments:

aL sYa said...

wahh seronok..dpt kete sendiri walopun bukan anda yg bayar!haha

-siap nmpak plastik lg kt tepi tu..akaaka

saya said...

ahaha. tau tk apa, alyaa :DD
plastik sbb baru bukak. hahaha!!

Hidayah said...

hey bukan P kena tampal atas sikit ke?
haha ;p wah best hang da ada myvi!
da lama nak beli myvi ouh.
tak pun savvy :D

Danial Kaoru said...

best giler...i yg sangat memerlukan kete ni pon xdpt kete sendiri...share ngn my mom je...sob2...

saya said...

hidayah;

hahaha.
tau tk apa.
mmg patutnya kena atas sikit.
masa 1st time nampak pun dalam hati cakap; "ehhhh... bawah sangat neyhh!"
hahahha.
tapi malas nak tukar. huhu.
savvy okay what.
comellll

saya said...

dan;

elehh. u mintak je mesti parents u surely akan consider punya ;)

syrrul said...

:') best gileeeeeeeeeeeeeeee!!!! nak jugak!

saya said...

syrrul;

bukan awk dh ada kereta ke??