Tuesday, March 10, 2009

pinjam sekejap nama 'remaja' okay

kenapa nak pinjampinjam? beli sendiri tak boleh? -______-" kau merepek apa petangpetang ni, nuha? mentangmentang lah pagi tadi tak boleh tidur balik lepas subuh sebab kerajinan padahal kena ikut hantar adik pergi sekolah untuk cam kan laluan, kau buat hal pulak kat sini eh. cuba bawak siuman sikit. dah lama hidup ke.

err. ya, saya perlu cam kan laluan dulu sebelum boleh memandu dengan istiqamah. setiap bumper dan traffic light perlu dikira dengan ilmu hisab yang semakin pudar tak pasti mana pergi sembunyi. hahaha. tapi serius kena cam dan buat ingatan kasar dalam kepala sebab kalau tak, mulut saya akan sentiasa berbunyi bertanyakan "lepas ni belok kiri ke kanan?" T,T

goreng ayat pendahuluan je dah dua perenggan. banggalah bukan cikgu kamal? kahkahkah. cikgu kamal makin segak masa saya jumpa dia kelmarin. masih stylo. tapi tidak secomel cikgu hakim berlari kuak lentang ke belakang penuh konsentrasi untuk menang bawak baton. hahaha. sangat tak menahan, okay. cikgu hakim sangal comel walaupun berpeluh lebat. eh eh.

sebenarnya nak cerita pasal akademi fantasia 7. yang pengetua dia tiara jacquelina tu. serius tak ada siapa predict her, kan. brava. semalam saya tv-ing diari pertama af7 dan telah mengusha aril dan akim secara rela hati tiada paksaan. aik. asyik tepuk tangan dan jerit je bila kamera zoom aril dan akim. hahaha.

sebab tu nak pinjam sekejap gelaran remaja. timetime remaja kan terkenal dengan jeritan sumbangsih konon dapat attract guys. palinglah dapat attract! ahahaha. apa ni provokprovok orang.

bajet dah dewasa ah sekarang ni? belum lagi. empat bulan lagi.
okay. lai lai lai. saya nak kenalkan mana satu akim atau nama sebenarnya afiq hakim. nampak tak lelaki yang kiri sekali dalam gambar kat atas tu? yang tengah lompat tangan duadua pegang fail berbaju kemeja oren berambut stylo. okay, cukup cukup. *telan liur* ya, itulah akim. lepasan spm macam kita kita jugak. eceyh. teringat masa dia kena interview terpilih masuk af tu.

akim cakap sambil pegang gitar dengan suara serakserak basah dia; saya asal jb. berumur 18 tahun. berstatus bujang *dia senyum* er.. single.

hahahaha. ada chance ni. woi. gila apa. afundi dia sudahh. -____-" macam perigi tak cukup timba nak kaut air basuh baju ouh. aik. melampau simile kau ni. sini kau, nuha. sini sikit. jom mandi bunga tepi kolah. hah? err.
kalau korang masih tak dapat teka, ini aril atau khairil azam. dah tua dia ni. hahaha. pandailah kau cakap orang umur 24 tahun dah tua. -_____-" kalau tak silap dengarlah dia ni champion shuffle ke apa tah tak sure. macam tautau je saya minat orang yang berskill tinggi. hahaha. apa kaitan weyh. yang penting pandangan mata dia tu! perghh. berderai bersepai semua dinding jantung. dah kata fragile.

ouh dan dia jugak adik izwan pilus :) dia very stylo lah especially malam tadi pakai baju melayu warna maroon, (alah kau nuha. mamat bangla sapu sampah tepi jalan kalau pakai baju melayu warna merah pun kau kata handsome apee T,T). kahkahkah. ni bukak rahsia keturunan pekung di dada ke apa ni. memalukan lah bukan? cukup, cukup.

whatsoever: al-fatihah untuk arwah sepupu arwah atuk :l

4 comments:

wfqh wfqh said...

ohh aril?
dia itu kwn sy punya kwn rpt.
budah hardstyle group,budak shuffle.:)

saya said...

woah.
nak je suruh kirim salam.
ahahahaha.
dah agak dah budak shuffle :P

aL sYa said...

aril tu kn,muke mcm radhi OAG..huhu

saya said...

haha.
adalah sikitsikit.
lgpun muka dia macam familiar lah.