Sunday, March 22, 2009

pardon me. 56 isn't high, okay?

macam yang saya bagitahu semalam, saya buat placement test di cambdrige di sacc (memandu sendiri sangat bergayalah bukan? padahal my mother temankan, hahaha -______-" tak boleh show off sikit) pada pukul 3.30 petang. berdebar jugalah bila nak masuk main entrance cambridge tu. again, aku manusia biasa apee. masih normal seperti kau kau yang tidur di bantal dan duduk di lantai. ke kerusi?

pergh. dapat kertas soalan macam nak terbeliak biji mata tengok ada 100 soalan dan paling minimum kena siapkan dalam masa 30 minit dan maksimum satu jam. kau gila apa! menggigil tahu. dahlah sikit punya lama tak pegang pensel dengan pemadam. menulis secara live apatah lagi. dah menaip je kerja sekarang kau nak expect apa. jari pun tahu culture shock, okay? shhh. jangan menangis, jari dear... meh meh i tap tap you. kahkahkah. tak siuman.

berangan sedang photoshoot iklan sayangilah jari anda kah?

soalan dia serius telah mencabar kewibawaan saya sebagai anak cikgu yang mengajar subjek english. mahu saja saya rabakrabakkan kertas tu sambil kame-hame-ha (penangan dragon ball evolution tempoh hari T,T) pensil yang sedia tumpul tu. eh eh. kau ni kenapa? soalan dia susah betul. tercabar maruah i dibuatnya. dengan aircond terpasang hebat secara maksimum 18 darjah celcius, tak payah automatik, ikut manual pun saya beku saat itu jugak!

tapi itu pengalamanlah bukan. *senyum lebar*

ada jenis soalan yang sumpah perlukan kreativiti gila dalam bina ayat. berpeluh saya dibuatnya walaupun terkandang dalam bilik berpendingin hawa. huallaweyh. lepastu ada part kena cantumkan paragraph article magazine. macamlah semua orang TERbaca article tentang bollywood tu. hangin kejap bila dapat soalan jenis tu. akhir sekali isi tempat kosong poems. perghhh. kalau gaya inilah soalan spm dulu, saya berani potong jari semua orang meleleh air mata buat paper english ouh. *tahan gelak bagi kekalkan mood merungut*

sangatlah gila kalau saya saya keluar awal dari bilik menyejukkan badan tu sebelum habis satu jam yang dibagi. tepattepat satu jam baru saya keluar. itupun setelah main taram tembak saja manamana soalan tak berjawapan.

tunggu sekejap 10 minit kakak counter tanda kertas saya. akhirnya dia panggil nama saya dan minta isikan enquiries paper. lepas tu dia serahkan my statement of results.
*kc- kakakcounter, nm- nuha muneerah

kc: so, do you prefer intensive class or regular class?
nm: intensive i think.
kc: but your marks is quite high.
nm: oh, okay.
kc: 56 over 100.

kepala dah macam kena hempap dengan batu membunuh diri. hello. 56 over 100 doesn't even close to high, okay? itu gred C5 atau C6. kredit. bagi harapan palsu. damn. tapi kakak tu cakap high. apa, diorang yang lain tu dapat 2 ke? aduhai. bersyukur jelah nuha :)

at least, i am now in Pre-Certificate in Advanced English (Pre-CAE). woohoo. jadi, kelas saya adalah setiap hari sabtu pada jam 4 hingga 6 petang. boleh drive sendiri ke SACC. kalau ada keberanian mahu beli jagung cup di kompleks PKNS lah. hahaha. *harap my mom tidak baca neyh* -______-"

oh, semalam saya ada cakap nak mendazzledazzlekan lappy saya kan? mari tengok sudah siap. tapi simple je. mungkin later akan ditambah mengikut kesesuaian. siapa suruh lappy ni plain sangat walaupun bergaya. hahahah. motif ayat berunsur riak tersebut tidak dapat dikenal pasti. tsk. T,T
memandangkan ada banyak lagi butiran dazzle yang tinggal, tengoklah kalau ada terfikir corak lain nak decoratekan pada lappy ni.
oh, hampir terlupa. tadi saya telah mendapat banyak surat tawaran daripada IPTS. tapi macam tak interested lah. sebab saya akan ke mesir? em. itu salah satunya. tapi yang paling penting IPTS tu tiada tawarkan course medicine. bagaimana mahu jadi doktorlah, kalau saya ambil course multimedia. get my point? :)

whatsoever: encik arkitek kirim mms dari kem dia di plkn :') sayang, cepat sesuaikan diri, tau!

2 comments:

Hidayah said...

cantik laptop nuha!
x)

saya said...

hahahaha.
gracias, hidayah :DD