Monday, March 16, 2009

mari pakai high heels banyak kali

service AUTOPOST
dah baca title kat atas tu? dah? bagus. silalah kecewa kalau korang terfikir saya akan jual high heels secara bundle mahupun lelong ala-ala lima high heels singgit, pat pat siku lipat siapa cepat dia dapat kain pelikat t-shirt pagoda di blog ini -____-" jangan marah dulu. apa kata saya bawa anda ke blog boonga art shoes. design sendiri itu kasut. hahaha. lawa lawa lawa, kan?

tapi maaflah, korang silap lagi kalau terfikir, ber

"budak nuha ni nak comment pasal design boonga art shoes agaknyaa"

padamkan fikiran itu sekarang. dah nama pun buta seni, (ops. bukan buta seni tapi buta bakat melukis. untuk mewarna, bakat saya masih celik. hahaha). mungkin saya patut panggil mr. arkitek lukiskan untuk saya. hee. boleh tak sayang? ah, nuha. jangan mengada.

fuh. semalam satu hari yang saya boleh gelar hari bershopping-shoppingan. bukan shopping pinggan yang para manusia guna untuk makan tu. serius bukan. baca elok-elok. hahaha. abaikaan.

baiiik, tuann, (siap dengan tabik hormat padahal mata dah kuyu mengantuk satu hari berjalan pakai HIGH HEELS)!! pagi semalam lepas sarapan saya temankan adikadik untuk mandi di kolam renang. wah. suka hati lah bukan dapat rehat bertemankan bunyi ombak.

sumpah ini bukan masa yang sesuai nak bercuti di east costal area macam terengganu weyh. mana taknya kalau asyik hujan memanjang tak dapat jalanjalan bawah pokok rendang nikmati pengalaman heroin filem korea kayuh basikal bercintun dengan hero yang terlalu menggoda mata. kahkahkah. back to main point, nuha. snap, snap.

tengah hari tu pergi kenduri anak saudara tengku hassan. hujan mencurahcurah kain yang lawa jadi basah kuyup segala. dahlah pakai HIGH HEELS lalu atas lecak. aduhai. tercungapcungap selsel pada tapak kaki. makan, senyum, borakborak, tangkap gambar dan off we went to go for shopping kat pasar payang dan bazaar warisan.

kain sutera, kain chiffon, baju kaftan, souvenir as in keychain, keychain dan keychain. dekat kedai kraf cari nama mr. arkitek tak jumpa. cari birth sign dia which is gemini pun tak ada. dah habis. apa nii. buat saya kesawanan saja tahu. tak apa, kita sabar. kalau tak sabar, ada kemungkinan tidak ada iman kah? sumpah saya tak tahu -_____-"

berjalan ke sana ke mari tunggu hujan reda belek belek baju t-shirt terengganu dengan HIGH HEELS turun naik tangga escalator bagai serius rasa nak tercabut kaki dahlah pakai HIGH HEELS. sesungguhnya situasi tu menjengkelkan gila. rasa nak berjalan kaki ayam pun ada daripada seksa kaki berjalan dengan HIGH HEELS.

nampak berapa banyak HIGH HEELS di caps lock kan pada perenggan sebelum ni? itu namanya penegasan, kawankawan. hahaha. mari belajar seni bersama cikgu nuha. amacam.

balik hotel dah lengai lunyai layu luncai, (eh eh) rasa kaki ni. terus tak turun petang tu temankan adikadik mandi kolam. lebih rela layan mp3 sambil buat draft entri pada notepad. oh, sungguh asyik sekali.

kalau nak lebih kaw, apa kata sarung HIGH HEELS waktu tidur sekali. sure kaki dah tak bernyawa esok pagi T,T

whatsoever: hadiah dari terengganu. a teaser dari hotel. perghh, skandal gila.

4 comments:

AraShI said...

kaki syg sakit ye??meh mir tolong urutkan hehehe~_~

saya said...

thank you sayang :)

Naddie Anuar said...

nuha...

hope u had a good time bercuti!!! sayang la plak musim x kna. sengal~

i've enjoyed pakai high heels masa muda2 dulu (late teen & early twenties). Skrang dah mid twenties, blakang ku sakit kalau pakai heels. Hahaha~ neway, pas pakai high heels, rendam kaki dlm air suam + garam + limau (yg org buat limau ais tuh). bess. pastu tenyeh losyen banyak2 :)

resipi lagi satu air suam + susu + orange juice (kalau x salah). hoho~ spa kaki. kalau x pegi je kat mane2 beauty parlour & ckp "pedicure satu!!" tp yg nie kna ader fulus la! :)

saya said...

wahhhh~
bestnya banyak petua, kak long :DD
nanti nak try lah. wee~
hee :)