Wednesday, March 11, 2009

mari kita bertakutan bersama mari.

nuha... kalau ikut aku lah, kau dah patut takut sekarang ni tau. bukan setakat takut, kau patut dah menggigil terketar-ketar macam kena parkinson tak boleh bercakap bangun makan semua. cubalah buatbuat tak lalu makan sikit. barulah ada rupa calon spm 2008 yang nak ambil result esok. ini tidak. kau bersantaian depan tv hadap lappy tu. cit.

banyaklah parkinson. saya sihat walafiat suruh sakit pulak -_____-"

kadangkadang debaran tu memang ada tapi bila saya fokus betulbetul untuk fikirkan result spm esok lah. kalau fikir sambil lewa ala-ala joyah lenggang kangkung balik pasar nak mengumpat anak mak bedah depan rumah, tak terusik pun emosi ni. cuba suruh saya fikir pasal spm masa tengah driving. mahu ke longkang kereta jawabnya, (dahlah semalam hampir accident T,T).

tipulah kalau tak takut. kalau orang yang brilliant macam arvie pun nervous, apatah lagi orang yang slow motion ala-ala matrix loser macam saya ni. hahaha.

mungkin saya yang akan drive ke sekolah esok. tengoklah kalau masih berani. trauma, tahu! macam kena down syndrom sekejap semalam. kahkahkah. apa ni. ini entri mintak semua sakit kronik datang sekaligus ke. mintang simpang malaikat empat puluh empat lah weyh.

saya nak share rasa takut dengan koranglah. highfive sikit. ohyehh. sesiapa ada ketakutan melampau, derma sikit boleh tak? saya berdarah type O maknanya berhati murah. apa kaitan darah dengan takut someone tolong explain -____-"

okaylah. nak pergi bertakut-takutan samba kejap. esok kalau tak ada entri tu buat lah alkisah dan almaklum sendiri okies. tolong doakan saya dapat 11a1 pretty please...? :')

whatsoever: happy 14th birthday, adikku afnan yang terlebih mature :D

2 comments:

shadah..♥ said...

sama... aku pun tgh tkut nie...
kwn aku xnak amik result dye. dye nk amik ari jumaat.
xsampai hati nk amik
cuak gile duh lps ni, xbleh tido punya

saya said...

huhu~