Sunday, March 1, 2009

malam sinar maulidur rasul

semalam seperti yang dah dirancang, saya pergi konsert malam sinar maulidur rasul di stadium malawati dengan the chopsy; manie, bieha dan rabie :) petang tu, dalam pukul 5.15 saya bertolak ke rumah amani sebab rumah dia dekat dengan stadium jadi senanglah nak bergerak. tak terasa sangat traffic jam tu kan, (plus malam tadi ada bola- selangor lawan kelantan ouh. meriah gilaa. haha. teruja sungguh).

catch up and update pasal diri masing-masing antara saya, manie dan bieha. rabie masih kerja so dia datang lambat dalam pukul 7.30 macam tu. ouh, zahidah pun datang dengan mengayuh basikal walaupun dia dah ada lesen. hahaha. comel saje boleh. borak-borak pasal twilight dan result spm sebelum zahidah kena balik hari dah nak gelap bahaya gerimis dan sebagainya.

habis solat maghrib, kitorang bersiap ala kadar dan pergi ke stadium dengan ihsan abah amani yang sanggup hantarkan. thank you, uncle! :) seriously ramai gila orang nak pergi stadium okay. kitorang pun cubalah menyelitkan diri dan berjalan cepat sebab tiket masuk konsert tu kat kawan rabie.
ya, tiket masuk konsert ni sebenarnya iTalk punya prepaid. macam yang korang tengok, konsert ni ada mawi, amy search, ustaz akhil hayy, ustazah siti nurbahyah selain rabbani sendiri sebab diorang yang organize kan konsert ni.

ouh, tibatiba teringat satu insiden ontheway nak ke stadium malawati by foot itu, (apa motif garis "by foot"? show off doeh. macam lah orang lain pergi mendayung sampan kan T,T). ada seorang pakcik ni pimpin tangan dua orang anak dia dan agaknya perasan kitorang jalan membelakangkan stadium matsushita tu.

pakcik: ehh, korang nak pergi mana tu? tak tengok bola ke??
amani: tak. kitorang nak pergi tengok konsert.
pakcik: konsert apa pulak malam ni?
amani: konsert maulidur rasul...
(muka pakcik tu seriously berubah macam kena electric shock macam tercabar gila ah dengan jawapan amani tu. kahkahkah. saya, rabie dan bieha dah gelak sakan kat belakang dah seyh).
pakcik: tak tahu pulak ada konsert maulidur rasul. siapa yang nyanyi?
amani: amy search ada, mawi, siti nurhaliza...
pakcik: ouhhh!

sampai je depan stadium malawati tu, mengagau kitorang mencari pintu masuk untuk jumpa dengan kawan rabie untuk ambil tiket dan masuk stadium. disebabkan tiket berharga rm10, kitorang duduk kat lapisan ketiga. jauh gila dahlah kat tepi tak nampak nasib baik bawa glasses ouh -______-" masukmasuk je orang dah boleh tahan ramai dan ada persembahan tengah mula. VIPs arrival, sumbangan cek dan ada maskot pakai baju melayu pink samping macam skirt dan songkok besar oh sungguh comel. hahaha.

persembahan pula mantap-mantap dan dengar suara siti nurhaliza secara lintas langsung maksudnya live, lagi merdu dari dengar dalam radio atau tv. serius. akhil hayy pun tak kurang hebat dan suara dia. bieha dan saya macam dah tangkap lentok lah dengan ustaz neyh, (masa tu tak tahu dia dah isteri, sedih!). amy search nampak adorable sangat, ya Allah. dengan jubah hitam dia. even mawi pun nampak hot. kahkahkah. buang tabiat apa weyh, kau nuha.

sumpah tak rugi pergi dengan ustazah nurbahyah yang lagukan puisi tentang rasulullah. paling best, setiap kali muncul, setiap kali tu lah dia tukar baju. gila tak boleh belah weyh. inside joke, "berapa hari punya baju dia habiskan pakai satu malam daaa". hahaha. part dia cerita pasal kewafatan nabi muhammad tu tersentuh sangat dan ramai yang menangis, (padahal diri sendiri pun berair mata T,T).
konsert dua jam ni memang tak mengecewakan langsung. objektif dia of course nak tingkatkan perasaan cintakan rasulullah :) bravo to rabbani productions. hopefully tahun depan ada lagi dan nak ajak lagi ramai orang pergi. habis konsert dalam pukul 11.30 malam sedangkan curfew saya adalah pukul 11. hm. dengan handphone yang habis bateri. damn.
hahaha. mana tak lambat seyh kalau posing macam ni punya vain. lagi-lagi si serba pinky itu. kahkahkah. gurau lah cik bie, hee. masa ontheway ke giant sek13 untuk tunggu abah amani jemput, jam dah pukul 11.45 malam disebabkan diorang singgah beli notebook ana muslim dan manie belanja air. wee, hahaha.

macam orang kejakunan, kitorang mana pernah keluar sampai tengah malam dengan kawan-kawan jadi banyaklah lagu-lagu sumbang yang kitorang nyanyikan. ouh, katak lompat tu jangan lupa, haha. sangat best! sampai rumah dalam pukul 12.30 tengah malam. penat tapi tetap teruskan baca eclipse sampai pukul 2 pagi -________-"

whatsoever: nak share lagu rabbani feat mawi, saksi. lagu ni serious sumpah sedap gila.

No comments: