Thursday, March 12, 2009

lah, kau menangis...?

oh. sila tolong jangan komen apaapa pada saya hari ni. sikit pun jangan. bukan. ini bukan entri nak halau korang atau ajak korang bergusti lengan tengok sikit siapa banyak muscle boleh menang itu jejaka hot's belt, hahaha. tolonglah serius sikit, nuha. tolonglah. sebab perangai kau yang main main tu lah kau dapat apa yang kau dapat hari ni. nah. kau gembira kah sekarang?

apa, kau ingat aku boleh tersenyum sedangkan semua cita cita aku berkecai dan bersepai depan mata? kau ingat aku boleh bertepuk tangan bila umi kata dia terima keputusan yang aku dapat dengan hati terbuka sedangkan aku tahu aku dah bunuh harapan umi dan abah untuk tengok aku dapat straight a's? aku tak gila lah. sekurangkurangnya belum lagi.

sungguh aku banyak kali ingin menangis ketika menaip baris demi baris entri ini.

kau tak faham apa yang aku rasakan. kau pernah meneguk java chip starbucks sambil kau mula mencebik lalu air mata kau mengalir? pernah? setahu aku orang normal minum starbucks sambil berpesta penuh gelak tawa dengan rakanrakan yang kau kelek ke sana ke mari. okay, mungkin tak seliar tu tapi kau tak menangis, kan? kan.

walaupun ramai orang cakap tahniah, saya tetap rasakan keputusan saya tu teruk. bukan saya tak bersyukur atau redha atau pelbagai lagi sifat mahmudah yang patut ada dalam diri saya ni tapi saya tahu saya mampu dapat keputusan yang lebih baik. dan hari ni, saya bukan setakat kecewakan orang sekeliling saya tapi saya kecewakan diri sendiri.

tahu tak orang yang paling kejam dalam dunia adalah orang yang menyakiti diri sendiri? (falsafah sendiri jadi tolong jangan percaya sangat kemitosan ini)

tahu, tahu. it is not the end of my world, sabar separuh daripada iman dan bla bla bla... cuba try test jadi diri saya tengok macam mana. kau masih boleh berdiri atau tidak. masih mampu menentang mata orang ramai atau tidak. masih kuat untuk menjawab soalan orang lain bertanyakan keputusan kau atau tidak. hehh.

ah, mungkin saya terlebih emosi di sini.

buat seketika pagi tadi, saya seakan mahu mati memikirkan masa depan sendiri. fikirkan biasiswa perubatan jpa dan mara yang tidak akan pernah menjadi milik saya... mungkin saya akan beralih ke bidang pelancongan. oh, tak payah tanya pun dah tahu dah umi dan abah tak setuju. kau gila? dari medic nak ke tourism? terbabas habis cita cita weyh T,T

mungkin saya akan ke al-mansoura university, mesir untuk buat course medic. salah satu options aside from tunggu IPTA. terus terang saya cakap, saya tak pernah terlintas nak pergi sana. mesir to be exact. well, apa korang harap budak bandar macam saya lintaskan dalam kepala? brisbane? uk? atau manamanalah budak bandar patut fikir. bandarist ke apa ni -____-"

anyway, tahniah arvie. tahniah ayie. tahniah hazira, fathin, danial, syahir, ili, shahrul, fae, nana, syrrul, deenie... tahniah :') dan untuk cousin sebaya kesayangan, kita berdua tak boleh putus asa, tahu!

whatsoever: doakan saya cukup kuat lalui hari mendatang.

8 comments:

syrrul said...

nuha, kenapa congrats kat kita?? i didnt do quite well either :|

arvenia said...

nunu sayang
u've tried ur BEST
im sure ur parents know dat
dont giv up.
SPM is juz the FIRST hurdle.
trust me...theres plenty more oppurtunities out there...
juz waiting to be grabbed.
=)

saya said...

syrrul;

yours way more better than mine.
congrats, dear :')

saya said...

arvie;

thank you for the moral support, dear :'D
i need that badly.
loveyou loads.
congrats again, tau!!

Naddie Anuar said...

Nuha,
1. Sorry lah sbb nak komen jugak ye :)
2. What don't kill you will make you stronger.
3. Soon enough, when u r a doctor ke (insyaAllah), nnti u'll know that SPM nie xde mende pon & will LOL at this day. :)

saya said...

kak naddie;

1. huhu. tak apa :) the comments make me feel better actually.
2. have to agree with that :D
3. i hope so too. aim skrg adalah dean's list. hahaha.

aL sYa said...

alhamdulillah..say it,nuha..

jgn sedey2..

kite pn agk terkilan sbb rmi member stret a,n kte x dpt stret a..slag 1 subjek..

smile always =)

saya said...

thank you alyaa :D
congrats to you, dear :)