Monday, March 9, 2009

jantung yang diam kembali berdegup

tibatiba hari saya kembali ceria dan saya boleh tersenyum dengan bahagia, (kau baru belajar senyum ke? soal si polan binti si polan. untuk soalan yang dilontar dengan muka penuh kasihsayang kasihan tu, saya tayang muka blur -______-") tolong sikit. muka saya ini muka yang dicop dengan murah senyuman, tahu! (cakap macam tak perasan tibatiba hukum takbur dan riak bersepai depan mata T,T).

malam semalam, lepas habis tv-ing tirai akademi fantasia 7, (akan update later entry khas untuk af7. ouh, akim dan aril kuuu. hahaha. tak tau apa motif nak gelak tapi nak taip jugak 'hahaha' tu). okay. tarik nafas. akim dan aril boleh tunggu.

lepas sesi tv-ing habis pukul 10, saya marinatekan diri dalam bilik untuk tengok filem hindustan yang shah rukh khan bangga gila nyanyi guna suara orang lain lepastu buat konsert pulak dengan suara tu macam tak sedar diri. aik. ini entri lepas dendam ke apa ni. tak, tak. saya "sukaaaaaaa" shah rukh khan sebab dia hensem dan telah martabatkan nama malaysia di mata dunia. boleh?

dan bila dah habis filem tu, saya bersidai atas katil sambil belek messages lama. tibatiba terbaca message safwan. kali terakhir saya message dengan dia, masa tu dia di plkn. just nak try luck, saya pun message lah dia tanya khabar. tengah main game, tak sangka pulak dia reply. yayy~ (baca dengan nada gadis moden terkinjakinja baru dapat ganja dan bayangkan gerakan geligeleman). saya membunuh imaginasi korang tak? kahkahkah.

kejap. nak strike dan kelabukan ayat ala-ala gadis di bangku sekolah tu. geli betullah bila baca balik. *geleng kepala sambil mengucap panjang*

tapi memang tak sangka dia reply pun sebab dia still kat plkn kem rembau tu. manalah tahu busy buat aktiviti ke apa kan. dan dari message tu saya dapat tahu dia akan balik putrajaya 11hb ni. kesian lah kat dia sebab dahlah balik 11hb, esoknya 12hb tu dia nak kena pergi perak pulak ambil result kat sains teluk intan. saya memang kesiankan awak, tau. serius.

tak sampai sepuluh minit message dengan dia, tibatiba dia call. pelik. sebab selalunya, dia akan tanya boleh tak nak call dulu. dan lagi pelik sebab kali terakhir dia call saya sebelum dia pergi asrama awal tahun 2007. dah dua tahun tak dengar suara dia. rindu lah. ehemm! jangan jiwang di sini, nuha. jangan.

lama jugak berbual dengan dia. satu jam lapan minit. tak lah lama sangat kalau bandingkan dengan rekod kitorang masa form two dan form three dulu. tiga empat jam straight. dah lah dalam bulan puasa terus tak tidur sampai sahur T,T jangan risau, saya dah insaf dah. dah mula tidur dengan awal, (padahal kena bangun pagi hantar adikadik pergi sekolah sekarang ni). well, nuha, itu masa perasaan c*nt* masih di udara bolehlah. hahaha. aik.

rasa tenang dapat dengar suara dia balik. ouh, ada tak saya cakap dia call dari kem dia kat plkn tu?? safwan, serius saya terharu awak sanggup tak tidur untuk call saya malam tadi walaupun saya ada lah nak dekat lima kali suruh awak tidur dari bazirkan kredit call saya. dahlah call dari hutan belantara padahal boleh je awak lepak dengan kawankawan awak kat kem tu ataupun tidur lepas buat aktiviti satu hari. terima kasih :') rasa kembali bernyawa.

boleh eja nama dia secara meluas tanpa rasa segan malu malaun[?] kat blog ni sebab dia tak ada email jadi kebarangkalian dia nak ada blog adalah sifar. hahaha. hebatlah bukan perancangan bakal tauke tempe? ini baru tunjuk sikit je skill merancang. kenapa entri ni kena ada banyak sifat riak, weyh? meh sini, nuha. meh nak sekeh sikit bagi sedar. ampunn T,T

ouh, pasal nak drive hantar awak ambil result kat teluk intan tu saya timbang tara dulu lah. nak keluar pagar rumah pun masih terketar-ketar, lagikan nak bahayakan nyawa awak dengan drive skill saya. eceyh. murni lah bukan hati nuha. nuha, kau pernah rasa kena tembak dengan senapang gajah tak? *geleng lajulaju sambil mata terkelipkelip minta dikasihani*

tibatiba teringat awak pernah paksa saya cakap suara awak macho *chuckles*

okaylah. nuha dah habis menggoreng ayat untuk menjadi santapan dinner korang. nak goreng hash brown pulak. eh eh. nanti nak cerita pasal akim dan aril. sekarang dah ada dua sebab wajib tonton akademi fantasia tujuh secara sejati.
kahkahkah.

whatsoever: serius malam tadi tidur sambil tersenyum. bangun pun senyum lagi sebab ada message dari safwan suruh saya bangun :'D

5 comments:

shadah..♥ said...

nuha, awk cite kn terigt ttg message khairey bg kat aku kelmarin...
sikit2 mcm cite awk except call and plkn.

Danial Kaoru said...

sapa safwan???hehehe...BF u ek??

saya said...

inda;

wahh.
nostalgia jugak neyh.
dah okay ke dengan K tu??

saya said...

danial;

ahahaha.
i wish.
he is just someone yang i prnah crush masa lower form :DD

shadah..♥ said...

x... we still friends