Friday, March 27, 2009

hey, aku reti privacy juga

kepala otak ada rasa sangat bengong hari ni. sebenarnya dari semalam lagi. hati aku ni bagai disiatsiat bagai nak dibuat rendang daging. perghh. asal bagi mood raya tibatiba ni. mentangmentang nak fly pergi egypt lepas raya. hahaha. apa kes.

jangan buat apa apa spekulasi. tolonglah. ah, aku dah malas lah. fed up kau tau?

aku rasa nak tutup blog ni. aku dah lost interest. hilang semangat. hilang apaapalah yang kau fikirkan boleh hilang sekarang ni. ada aku peduli? tak ada.

Justify Fullsiapa tak kenal dengan myspace, saya mahu bertarung muay thai dengan dia. ada berani?

nak bagitahu sikit, myspace saya memang terbuka untuk public walaupun kalau korang tekan kat link myspace kat sitebar blog saya ni dia kata profile is set to private. add je lah as a friend. saya berani jamin siap ada warranty lagi yang saya akan approve sesiapa tanpa mengikut usia, kaum, jantina dan warna[hah?].

cuma beringat sikit lah, aku ni bukan budakbudak berhingus lagi kalau korang mintak number phone aku terus hulur kat comment tu. aku tapis jugak comment yang nak di approve. dan banyak jugak comment tak sepatutnya aku delete tanpa baca terus. tak. aku tak ada niat nak kerja kat syarikat penapisan loji air malaysia. puas hati?
tapi lain pulak dengan facebook. sorrylah strangers yang aku tak kenal. nama kalau kau bukan dalam list family, close friends, niners, seniors and friends, aku dapat lambai tangan bak ratu je lah. bukan sombong, tak. bukan jugak aku tak kenal lebih ramai orang tapi aku ada myspace untuk semua tu. see. aku bagi choice apa. facebook ni untuk orang yang dah sedia ada dalam hidup aku. kalau setakat kau rasa terserempak aku kat pasar malam, tak payahlah. pi kat myspace. aku dengan rela hati approve kau, okay?

bagilah chance aku nak ada privacy. aku ni bukan baik sangat nak expose semua apa aku buat. dan tak semua apa yang aku buat tu baik. ada jugak buruknya.
lagipun aku sayang facebook sebab tibatiba aku boleh rapat dengan cousincousin aku. wee. dan juga sebab ada si comel pinQueen ini. yes, nas. i have to credit your name here. hahah.

whatsoever: ada rindu yang cepat hilang. ada yang bila kita tak nak rasa rindu tu dia dok senggol. haish. dahlah. penat aku.

2 comments:

jumpingjellybeans said...

woohoo !
im so honored by this :)
ceyt bangga macam menang oscars hahaha

saya said...

ahahaha.
u shud be honored.
im thinking of u oh time that :P
lol