Thursday, March 26, 2009

drama air mata kanakkanak

mungkin ada yang dah jemu dengan entri bergenre kerinduan macam ni. kau imagine lah kalau setiap entri tulis imissyou imissyou taukeh jual kek tiramisu pun boleh menitis air mata beliau lah. ini memang saya karang berintikan air mata dari awal hingga akhir. okay, tidak usah berkerutkerut muka lah bukan membaca perenggan ini.

bila malam, saya selalu kalah walaupun dah janji pada dia untuk terus senyum. *mengeluh*

mulanya, saya menangis perlahan dan pandang bulan si teddy di sebelah. tapi air mata semakin banyak mengalir.

saya capai gambar mr. architect dan saya senyum kecil sebelum akhirnya menangis lagi.

saya tarik perlahanlahan tangan bulan dan menangis sambil kata; "mirrr, kenapa mir tak ada sekarang...?"

saya kesat air mata sambil tarik selimut.

kemudian saya ambil balik gambar dia dan kata; "sayangg, bila sayang nak balikkk??" dan tentunya saya menangis lagi.

tak lama lepas tu saya peluk bulan rapatrapat dengan suara tangisan yang tersekatsekat lalu mengomel; "kenapa mir tak ada waktu nua perlukan mir? kenapa..?"

dan akhirnya.. saya lepaskan bulan.

"sayang, cepatlah balikkkk." dan saya tertidur kerana kepenatan menangis hampir setengah jam.

*mengeluh lagi*

tak sampai seminggu sudah tiga empat entri bercakap tentang kerinduan. padahal kalau boleh setiap perenggan setiap ayat nak cakap pasal rindu pada dia.

contoh. hari ni aku pergi pasar beli ikan. rindu lah pada dia. kemudian aku mengusha majalah aksi af nak tengok muka akim dan aril. ah, rindu pada dia. dalam kereta aku dengar lagu fall for you di radio dan tak semenamena aku rindu lagi pada dia. sampai rumah masuk bilik pun aku rindu pada dia. peliknya rindu ni hoho aku sangat rindukan dia. sekarang kira lah anda bilangan rindu saya pada dia. bolehkah?

harap rindu ini boleh kurang. mati saya kalau dia baca ayat maut ni -______-" *gelak kecil*

p.s: jangan pandang serong hubungan saya dengan bulan. ho ho ho. dia tempat saya mengadu lah ;)

whatsoever: pandai cik punya blog mentabahtabahkan diri. laga pipi sikit. okayh. cantikk.

2 comments:

Fasya said...

omg omg
this is very sweet!
:)

haha, maybe mr architect u pon akn nangis biler baca :P

be strong love! everyone is here for you :)

just for a few months haha :)

saya said...

thank you fasya :DD

haha. unless kat sempadan tu ada internet, he wont even close to read it, hahaha.

few months sngat seksa okayh. lol