Thursday, March 5, 2009

bila saya telah jatuh cinta

kepada hidayah; jangan baca entri ini okayh? seriously. :)

tumpang lalu. ya, saya kitar semula gambar yang saya pernah guna untuk entri midnight sun dulu.

bukanlah nak bangga show off ke apa tapi saya dah habis baca breaking dawn, (dan saya menangis. okay, serius jarang buku bagi saya menangis tapi sedih sangat ada satu part tu, sighs). orang lain mungkin akan menjerit terpekik terlolong "yes! yes! yes!" kalau dah habis baca semua siri twilight saga ni, (ehh, ya ya je kau tuduh orang lain gembira kan -_____-") tapi sebaliknya untuk saya.

saya rasa sedih. terutamanya bila baca ayat THE END kat muka surat akhir breaking dawn tu. saya kalau boleh biarlah tak habis baca sampai bilabila pun sebab saya tak nak jauh dari karektor twilight, (mana taknya kalau harihari dalam hati seru nama edwarddd... edwardd... siuman lah sikit, nuha oii T,T).

bila dah habis baca ni rasa kosong. rasa tak ada benda nak buat sebab sepanjang dua tiga minggu ni, ke mana je saya pergi, saya pegang buku twilight. nak pergi ambil lesen dan usha kereta pun bawa buku new moon. sampai nak pergi konsert sinar maulidur rasul tu pun cadangnya nak bawa buku eclipse, (malangnya tertinggal dalam kereta sebelum sempat di bawa turun T,T). ouh, setiap malam lepas maghrib saya akan berkurung dalam bilik untuk baca breaking dawn. sekarang ni, bila dah habis semuanya, nak buat apa lagi...?

takkan nak pergi melastik burung tengah padang pulak. ataupun melalak tepi pangkin kolam ikan? nanti dengan murah hatinya saya akan selalu siram pokok anggur abah dalam pasu. hahaha. lawak lah.

oh, tak. jangan kasihankan saya dulu. eceyh. sekarang ni saya masih dalam mood twilight. macam saya tulis kat blurbs of the day tu, (lebih kepada of the months je weyh, kahkahkah) saya sedang membaca midnight sun. pelik? teruja? geram? meh kita rasakan semuanya bersamasama meh. haha.

betul. saya memang tengah baca midnight sun pun. masa jari saya menaip semua perkataan ni pun, saya masih membaca midnight sun. okay, tipu. tapi saya sedang buat dua benda ni bergilirgilir. dapat bayangkan? luaskan imaginasi anda. hahaha, (sesedap rasa je mengarah orang).

macam yang saya pernah tulis, midnight sun ni adalah edward's version of twilight. orang yang truly deeply madly in love with edward cullen, (not robert okayh, haha. totally different.) korang akan dapat kenal edward dengan lebih detail. apa yang dia rasa pada bella. apa fikiran orang lain yang dia dengar. seriously.

sesiapa yang dah baca twilight, ingat lagi tak masa first week bella kat forks, dia kan sama biology class dengan edward, kan. dan edward tibatiba hilang untuk satu minggu. dalam midnight sun ni, dia jelaskan kenapa edward pergi dan datang balik semula.

serius korang akan rasa surprise gila dengan apa yang edward rasa pada bella sampai dia kena duduk jauh dari bella dalam kelas biology tu. dan kenapa bila habis kelas dia terus lari keluar sampai bella rasa teruk. terutamanya kenapa edward ponteng kelas dan sanggup duduk dalam kereta dia dengar lagu.

"edward's version of twilight ni buat saya makin jatuh hati pada edward lahh," kata nuha kepada semua orang dengan penuh sayu, (sayu???). dush, i wanted to scream that phrase out loud so bad. sabar, nuha. sabar.

whatsoever: harap stephenie buat edward's version of new moon, eclipse dan breaking dawn pulak.

10 comments:

shadah..♥ said...

wei aku bca bnda ni sblm bca twilight. tp sikit je tkut spoil my mood.
rasanye midnight sun might be xpublish. klau nk tahu buka stephenie meyer's website

saya said...

ouh, kita tahu takkan publish.
cuma just sukasuka nak baca.
haha

Hidayah said...

haha kurang asam letak nama gue ahh! hahah x)
aik? breaking dawn tu last novel eh?
i tot midnight sun??

saya said...

mmg ptutnya midnight sun tp stephenie tanak publish.
haish. geram btul.
best baca midnight sun!!
haha.

Hidayah said...

really? tapi breaking dawn dah tulis THE END ek? jalan pengakhiran dia pun tak tergantung la? kalau tak tergantung means mmg dah THE END la tu waghh

saya said...

tak tergantung langsung.
mmg dah kira the end lah.
cuma midnight sun ni ulang pasal twilight, tp lebih kpd edward punya pemikiran.
syok gilaaa

Hidayah said...

ohh? ala yeke. tapi tak publish la pulak huaghh

shadah..♥ said...

best midnight sun sbb got to know edward thinking abt bella

saya said...

hidayah;

itulah pasalllll
geramm!

saya said...

inda;

betul3!
hahahaha