Saturday, March 7, 2009

biasiswa tajaan jpa dan mara

arahan: sentiasa klik untuk imej yang lebih jelas :)
haha. just wanted to make it more obvious.

okay, saya kemaskini balik permohonan IPTA kat laman web kementerian pengajian tinggi semalam. dan kemaskini kali kedua ni bermakna ada satu je lagi peluang untuk kemaskini permohonan, (after dapat result maybe? kan). ouh, saya juga masih belum berdebar dengan begitu jitu walaupun hari nak keluar result dah macam stalker dalam hidup semua orang sekarang ni, sighs.
kali ni saya ubah pilihan keempat dan pilihan kelima. pilihan keempat saya dah ditukar dari interior designer diploma di UiTM ke asasi sains hayat di UiAM. wise choice, i must say. puji diri sendiri tandanya tidak malulah bukan? hahaha. dan pilihan kelima ditukar ke diploma farmasi. mari main dengan ubat-ubatan. haish! tak boleh buat main, etika kena jaga. eceyh.

ouh, untuk sesiapa yang belum tahu, keratan akhbar tentang tawaran biasiswa tajaan jpa dan mara dah keluar. sila pergi selak balik surat khabar lama kalau terlepas, okay. pergi, pergi. cepat, lari! tapi maaflah sebab saya tak ingat surat khabar bertarikh bila. lagilah malang kalau surat khabar lama itu korang dah jual kat apek kau kau kochi. sulat kaba lama. kau kau kochi. kahkahkah. bak sikit kuih koci satu baldi. lapar T,T

tapi jangan risau gabra dan segalanya dulu. korang boleh baca keratan akhbar yang sama dalam bentuk online di laman web jabatan perkhidmatan awam, (ya, segala maklumat di hujung jari korang. klik saja tapi kalau malas nak gerakkan mouse tak dapek eden nok nolongnyo jang. hahaha). sangat canggilah bukan internet zaman langit terbuka ini. aik. kenapa tibatiba keluar ayat karangan bertaraf spm ni?? -________-"

bila dah sampai kat laman web jpa tu, scroll sampai bottom of the page. korang akan nampak permohonan tajaan PILN 2009 bagi lepasan spm 2008. ya, sila jangan teragak-agak lagi untuk membawa courser korang untuk mengklik kat situ.
korang akan dibawa ke page ni dan bacalah sampai habis dulu, jangan gopoh. tak mau, tak mau. dosaa. hahaha. okay, kalau dah jelas, nyata dan terang, (ini tutorial mohon biasiswa ke belajar hukum tajwid seyh -_____-") pergi ke nombor empat, baris pertama dan klik pada syarat-syarat permohonan.

pertamanya, pastikan komputer korang ada adobe reader, (tolong jangan bagi saya menangis secara pukal dan drastik sematamata kerana tidak dapat menolong korang mendownload adobe reader T,T). korang akan dibawa ke file berformat pdf.
syarat A, checked. B, checked. syarat C, setahu saya, i dan iii are definite checked. tapi sejarah? ohmygod, why...? menyeksa lah weyh. hahaha. syarat D, checked. for now at least. ish, tak baik. semoga sentiasa sihat, nuha :)

scroll ke bawah lagi dan korang akan jumpa ini.
saya print yang medicine saja sebab saya nak, hahaha. perakaunan ada, TESL, kejuruteraan and ect etc. scrow down, people. more. ya, marilah kita bersamasama mendapat biasiswa, okayh?

tapi seriously, asal sekurangkurangnya A2 ouh untuk addmath. damn. dahlah hari tu mimpi dapat B3 addmath. membunuh segala bintangbintang harapan lah bukan namanya? T,T

whatsoever: saya telah drive ke sekolah seksyen 9 semalam dengan myvi yang baru tiba. hahaha. ouh, sepah menang. yayy~ gerek, seyhh.

2 comments:

fawani said...

gud luck dlm mengapply!
:)

saya said...

thank you :DD