Monday, February 9, 2009

tak pasti siapa mereka

walaupun saya beria-ia dan bersungguh-sungguh defend kemahuan konon tak nak kahwin, entah kenapa saya setuju jugak dengan lamaran seorang lelaki. okay, dia datang merisik. okay, itu tak okay. wajahnya samar-samar. betul ke kalau wakil merisik datang, lelaki tu tak boleh ada sama? mungkin betul kot dan sebab ikutkan adat tu lah dia tak tunjukkan mukanya pada hari pihak dia datang merisik tu, (walaupun tunggu jugak dia face to face dengan saya, haha).

seriously saya tak pernah kenal lelaki ni. jangankan nombor telefon, nama dia pun saya belum tahu. kiranya tak kenal langsung. even rasanya bersapa bahu kat tepi jalan pun tak. tibatiba dia hantar wakil merisik. pelik kan? yang paling best, kena risik waktu umur tak sampai 18 tahun. best tak best. result spm pun belum tahu baik buruk lagi.

parents saya bagitahu yang saya single dan saya dapat tengok muka pihak lelaki; especially parents dia mengeluh lega. tapi kenapa dorang nak risik saya?? tak fahamlah. family dia pun bukan kenalan rapat keluarga kitorang. dari pengamatan saya, family pihak lelaki ni ada mixed chinese rasanya. hello. tak tahu ke saya ni budak mentah? bawah umur? tanak nasi pun tak lepas lagi -_________-"

alkisah, dari majlis merisik jadi majlis tunang. dalam sekelip mata je cincin dah bertukar tangan. dorang ni main silap mata apa. tapi mata saya ni tak sempat berkelip macam kucing siam miang pun. tau tau mak pihak lelaki hulur cincin. parents saya terus setuju. saya dah bertunang? seriously? habis tu, cincin kat jari kau tu apa tandanya, nuha oii?

akhirnya saya jumpa dia. face to face. tapi muka dia masih samarsamar as in blur. tak tahu kenapa. dan betul sangkaan saya yang tunang saya ni, (ehem ehem. first time sebut ni. hohoh. gatal punya budak) chinese look sikit. dengan mata sepet dia semua. orangnya tinggi, (sila jealous. eh eh). tapi saya belum tahu nama dia. belum lagi.

dan entah kenapa saya rasa dia bukannya ikhlas pun nak bertunang dengan saya. mungkin parents dia paksa kot. ya lah, orang dah umur 26 macam dia, tak kanlah nak kahwin dengan budak umur 17 tahun? kau dah gila?

sebab rasa bersalah, saya beranikan call diri call tunang saya dan mintak pertunangan kitorang diputuskan. sangat beranilah bukan? -____-" parents saya punyalah marahkan saya. mana taknya kalau persiapan untuk nikah hampir separuh siap. tapi buat apa nak teruskan pertunangan kitorang kalau dia tak ikhlas? makan hati berulamkan jantung karang siapa nak tanggung tatang hati ni? diam, nuha.

unfortunately, majlis nikah saya tu tetap akan diteruskan. i was like whoaaa? siapa my groom? everyone macam clueless. then, one of my relatives buat kenduri doa selamat lepas maghrib and ramai jugak orang yang datang. so my mom and aunts suruh saya duduk belakang jemaah lelaki yang tengah solat maghrib tu and choose one of them to be my groom. gila tak gila.

so saya pun duduk dengan sopannya belakang lelaki lelaki yang tengah berjemaah tu. entah macam mana i attracted to this two guy yang berbaju merah hati dan hijau lumut. merah hati tu bolehlah faham sbb that's my favourite colour tapi hijau lumut...? pelik, pelik. it turned out yang baju merah tu my ex-fiancee. so dah knock out lah. and yes, i choose the guy in hijau lumut's t-shirt.

dia berkulit hitam manis. tinggi jugak. sangat romantik. sekali lagi, saya tak tahu nama dia. sampai hari kami nak bernikah pun saya masih tak tahu nama dia. wajah dia pun still samar samar. pihak lelaki yang patut datang pukul 11 pagi tak datang datang. i was of course, panic gila.

and suddenly parents pihak lelaki datang and bagitau majlis dicancelkan and i fainted.

gaaaahhh. luckily tu mimpi weyh. serious dah berpeluh peluh sangat dah. kalau jadi dalam realiti tidak bermukalah saya bukan? -___________-"

whatsoever: still tertanyatanya siapa those guys in red and olivaceous t-shirt. sangat misteri.

**update; mulai skrg kena beware dgn lelaki chinese look pkai baju merah and lelaki hitam manis pkai baju hijau lumut. laughoutloud.

12 comments:

Hidayah said...

i tot u really dah tunang. poyooo

dEe-Nie said...

hehe nuha.. aku bce pon mle2 ingt btol r.. cam terkezut sket r en.. bru umur camni da ada org dtg mrisik.. siap nk nikah lg.. adoi~

syafiqahjasmin said...

dilema seorang lepasan spm yang menunggu keputusan spm.

saya juga mengalami mimpi yang sama. mungkin lebih dahsyat dan dramatis mengalahkan drama tidak bersiri di tv3. tak tipu. kene kahwin dengan orang tidak dikenali. memang tinggi lampai. orang kata itu rakan abang saya. saya iyakan aja. di hari pernikahan, saya meragui keputusan saya ini. mak cik mak cik tidak dikenali sudah pun memenuhi ruang tamu rumah. dipendekkan cerita,saya menangis teresak-esak. eh, bukan teresak-esak lagi. memang nangis dahsyat punya sebab tidak mahu kahwin.

terjaga dari tidur, tengok pipi basah. eee, air liur basi. BUKAN lah, air mata, memang betul-betul mengalir.

mungkinkah semua lepasan spm bermimpi mimpi yang sama?

fawani said...

haha.
if i dpt mmpi camni,
i would consider it as d worse nightmare
hihihi.*lol*

ape? said...

YA ALLAH NUHAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!!!!
kita mati mati ingat it actually happened!!!!! issssshhhhhh!!!!!!!!!!!!!!
anyway tahniah sbb berjaya buat syrrul yg "cool" (konon) ni jadi ter lebih excited. hahahahah

saya said...

to hidayah; hahahahaha.

eden nak buek comano eh jang.
doh mimpi ehh..

lol

saya said...

to deenie;

alamak. terkejut ke??
itulah pasal.
dah termimpi nak buat mcm mana kn?

saya said...

syafiqah;

ahahaha.
mari kita jalankan soal kaji selidik.
berapa ramai org mimpi pasal benda neyh
adakah ini tanda2 kita dah kemaruk nak berlaki?
-__________-"

saya said...

to fawani;

nightmare ya, sweet dreams pun ya jugak.
hahahaha!!

saya said...

syrrul;

hohohohohohohohoh.
amacam?
tragis dan sadis tak mimpi kita?
gila rock lah.
tp kita ttp nak tahu siapa those two guys ouh!

p/s: kita terlupa tmbah yg kita siap buat solat istikharah dalam mimpi tu xD

Qurratu said...

nuhaaaaaaa mati mati ingatkan betol betol!!!

nhmnrh said...

Qu

tau tak peee.
it seems so real when i dreamt about it -.-"