Friday, February 20, 2009

sumpah saya pernah ugut orang

(sambung baca title di sini) ... secara comel. kahkahkah. saya tak boleh tipu kata saya tak comel. dah fakta nak buat macam mana. (eceyh, sekali lagi, itulah ayat mengalukan pelempang ke wajah. teringin sangat ke?) siapa yang jadi mangsa ugutan? lelaki bergelar abah. hohoh.

nanti dulu. ugutan comel saya tu ada kena mengena dengan iklan di atas itu. mesti korang dah tahu lah bukan? mari tahu kisah sebenar.

saya ingat lagi. kisah tragis ni, (tragis lah sangat. abah baca habis weyh T.T) masa tu saya dah enam tahun. sudah menetap di shah alam. sebelum ni saya lahir dan membesar secara gigih di klang. apa kes gigih. haha.

info penting; saya masih minum susu dalam botol masa tu. jangan kutuk, jangan kutuk.

abah saya seorang perokok yang aktif. memang kalau satu kotak tu boleh habis sehari. eh, ya ke? ke kau main pandaipandai letak acah acah gitu saja. *angkat bahu* yang saya tahu, abah saya sangat suka hisap rokok. dunhill merah 20 tu patut kasi lupus hancur segala.

sebagai anak, saya mestilah perokok yang pasif. apa ke jadah budak perempuan umur 6 tahun nak ketagih rokok, (bajet dah lama sangat hidup ke?). saya bukan nak berlagak baguslah tapi sebagai perempuan, saya tak suka orang lelaki yang hisap rokok ni. ada perspektif negatif sikit kat dorang ni. malah saya akan menahan nafas selama yang boleh kalau selisih dengan perokok yang sedang merokok dengan asyik dan bebasnya.

"kalau abah tak berenti rokok, nua tak nak berenti *nenen," kata saya kepada abah sambil meneguk susu dari botol dengan lahapnya di depan abah konon menunjuk saya takkan berhenti hisap botol walaupun umur dah ganyut.

cuba teka kesudahan hari ugutan itu. saya menang. abah dah tak hisap rokok lagi. atau saya patut kata, untuk hari itu saja. -_______-" serius. ugutan saya bertahan selama satu hari saja sebab budak perempuan 6 tahun ni tahu takkanlah nak terus ugut dengan hisap botol tu sampai ke tua. itu membunuh zaman sosial namanya kawankawan. damn.

ya, sampai sekarang abah masih hisap rokok. apa lagi ugutan yang saya boleh guna agaknya?

whatsoever: petang ni akan ke rumah syafiqah untuk pinjam buku twilight dan new moon :) ooohh, bahagia.

No comments: