Saturday, February 14, 2009

silalah kata saya lame

ouh. silalah kata saya pathetic juga. mungkin saya akan lebih ceria. cubalah. tersenyum sumbing konon kena dengan cara yang paling bergaya padahal loser. damn. macam mana nak ceria kalau saya baru dapat tahu sesuatu yang buat hati saya terluka dan dipatahpatahkan bak kata farhanim.

tak tercapai dek akal lah kenapa orang yang saya hormat dan sayang boleh buat macam tu, (tolong, ini ada kena mengena dengan orang yang masih hidup dan bernafas!). sengaja nak test apa. agak sangat terkejut sebab ip add yang saya banned cuma ada tiga dan setahu saya, mereka tu orang yang tak reti hormat perasaan orang lain. bayangkan bila saya dapat tahu BELIAU salah seorang daripadanya. well, i know you will read this.

dahlah malam valentine tadi telah menitiskan air mata secara pukal dan holistik. siap buat surat lagi. tidak. air mata saya tu tak ada kena mengena dengan dengan boyf saya tapi lebih kepada perasaan sesat dan tak tahu nak pergi mengadu pada siapa untuk luahkan. tibatiba teringat cikgu lahazmani tapi takkanlah nak pergi kacau dia. mesti banyak lagi keskes pelajar yang perlukan khidmat kaunseling kat sekolah tu.

dengan kredit yang tinggal rm0.49, saya hanya mampu mengetuk keyboard untuk menaip pada notepad kerana lappy sudah dijangkiti virus internet yang menyebabkan kemungkinan untuk mengupload gambar, mengepost entri dan mengapprove comment adalah sifar sama sekali. kasihanlah bukan.

ouh. saya juga jadi hopeless romantic dengan menonton winter sonata dalam kepukalan air mata, (mentang-mentang hari valentine doii). cheng u-jinn yang tak mampu buat pilihan dan akhirnya memilih kim sang chi sedangkan hatinya ada pada lee min xiang yang nama sebenarnya jiang jun xiang. tolong, jangan dipertikaikan kesedihan saya. lagipun baru sampai cd yang kesepuluh. ada sepuluh lagi sebelum boleh tahu ending.

valentine? tak ada maknanya bagi saya. sama sahaja macam hari hari biasa yang lain. nak label saya loser? with my pleasure saya terima pujian tu. bukannya saya nak berlagak atau bajet alim atau terror sangat bab hukum agama tapi bak kata jamie mythbusters; walaupun dia mabuk, apple is apple and orange is orange. the case is closed.

whatsoever: kenyataan dan kebenaran kadangkadang menyakitkan.

No comments: