Monday, February 23, 2009

mungkin aku patut terus gila.

respon kepada entri ini
oh, kau tahu perasaan bila orang tibatiba cakap baikbaik manis muka sweet segala, dengan tujuan nak minta tolong dari kau? tapi kemudiannya dihamun dengan perkataan lembap, bodoh, sakai dan sebagainya. ah, aku dah terlalu lali dengan itu semua.

aku mahu quote katakata kak fynn sepanjang entri ini.

yang pertama;
"sakit, sebenarnya, hidup membenci.
lebih menghiris kalau yang dibenci itu adalah darah daging sendiri.
perasaan benci yang terlahir dari rahim cemburu yang asalnya sedikit, kini makin meluap2."

ya, benar. hidup membenci itu cukup sakit. terlampau sakit sebenarnya kerana aku tidak tahu bagaimana aku harus hidup dengan kebencian itu dan pada siapa hendak diluahkan perasaan sakit yang aku rasakan. lebihlebih lagi kerana aku hidup dengan mereka yang menyakiti aku.

dan mereka masih bertanya dari mana aku mendapat ke'singa'an itu. heh.

yang kedua;
"masih ramai,
sehingga ke hari ini yang masih menampal senyum demi untuk menjauhkan dari perkataan 'derhaka'.

tapi bagaimana mereka yang tidak gagah hatinya?

yang sudah hampir gila kerana seumur hidup tidak mampu menjadi sesiapa kecuali yang dipaksa dia jadi?

bagaimana mereka2 yang didera secara mental, ditusuk2 dari dalam hati?

yang sudah jadi semacam tidak betul kerana terlalu serabut dengan hidup, malangnya malu untuk bercerita kongsi?"


aku sekurangkurangnya akan diam sekiranya ada yang menyiat hati kecilku demi menjauhi perkataan itu. cuma, sebagai manusia biasa, aku kadangkala tergelincir.

ya, bagaimana mereka yang tidak gagah hatinya, seperti aku? tidak kuat, seperti aku? yang akan terus mengurungkan diri dan menangis sekuat hati, seperti aku? yang memasang dendam, seperti aku? bagaimana?!

ah, kalaulah kau tahu berapa kekuatan yang aku perlukan untuk menulis entri ini. kalaulah kau tahu. dan kalaulah hati ini boleh dicabut dari badan sewenangnya, aku pasti kau dapat melihat berjuta lubang kesan tusukan pada dasarnya.

*mengeluh* benar. aku kadangkala segan berkongsi meskipun keserabutan itu menekan aku.

yang ketiga;
"cuma begini sajalah, dik.
teruslah jadi gila.
sekurang2nya kamu tidak derhaka."

aku belum kuat untuk terus jadi gila, kak. aku tidak ada kekuatan itu. aku cuma anak gadis biasa. betul, sekurangkurangnya aku tidak derhaka tapi kesakitan yang aku rasakan saban hari ini seringkali mematikan kekuatan aku.

dan kadangkala aku melayan kegilaan itu dengan tangisan. kuatkah aku kalau begitu?

tapi, mungkin betul kata kakak, aku patut terus jadi gila. lebih senang, kan? dari terus menyimpan angan untuk menyakiti apabila diri disakiti. aku cuba.

aku yang ingin terus untuk jadi gila dalam keserabutan ini,

2 comments:

Fasya said...

omg, its like..
i dunno..
i feel this :(

nuha
i love you
thats all i got to say :(

saya said...

you feel this too?
hard isn't it?

p/s: lyt dear :)