Friday, February 13, 2009

makin tinggi serius makin sakit.

cuba bayangkan bila kau panjat rock climbing tanpa tali dan kau jatuh. sakit? cuba bayangkan pula bila kau panjat gunung kinabalu tanpa apaapa safety precaution dan kau jatuh. agakagak boleh masuk world record tak kalau kau still bernafas dengan gigihnya? (saya tanya sebab saya tak pernah panjat -_____-" kahkahkah).

secara pukalnya, makin tinggi kita panjat, makin besar impak, lebih mudah kita jatuh dan akan lebih sakit, (eh eh, macam hypothesis sains darjah enam!). dapat tak apa saya cuba tulis ni? saya nak kaitkan dengan hari yang saya lalui hari ni.

sesiapa yang baca setiap entri saya bulan februari ni mesti tahu perasaan saya terhadap novel twilight. dan betapa tak sabarnya saya tunggu courier mph datang ke rumah bagi buku tu pada saya, (serious mengharap sangat tahu tak).

pagi tadi saya call mph webstore untuk pastikan penghantaran buku twilight yang saya dah order minggu lepas. hm. kena tunggu untuk dia call balik. sumpah menunggu tu menyeksa jiwa raga.

at last orang mph call just untuk beritahu buku twilight out of stock dan saya kena tunggu lagi seminggu dua. pernah tak kau tunggu orang sambut birthday kau tapi tak ada orang yang sambut? rasa kecewa gila. hati ni macam disiatsiat buat rendang.

rasa nak cancel order tu pun ada. dah budak nuha ni tak semangat nak teruskan hari jumaat. watafish. bencilah macam ni. i shouldn't mengharap sangat at the first place. dan sekarang tengah menaip ni pun saya tak tau kenapa kena pakai tudung dalam bilik. dah senteng kot.

4 comments:

aishiteru..♥ said...

nuha, kte phm perasaan awk.
kte dan hdyh pnah rasa. kterorg dlm 1 bln kut tggu mph cll.
tp kte xthn smpai kte call stiap mph kat shah alam dan kl klau ada stock twilight series. kte book kat mid dan ou tp pkir blik sapa yg nk amik. nasib baik mak cik ajak pi ou. bile kte smpai mph ou (besar pulak dlm tu), kte tgk byk gile stock twilight series. skrg menyesal x beli twilight series sbb kte beli twilight je. sdihnye!!!!

saya said...

waaaa~
awak buat kita tambah sedih ouh inda :(
damn you mph.
hahahahahahahahahahaha
(gelak je lebih padahal sedih -_____-")

aishiteru..♥ said...

la... tgu je la.
kte nk abiskn bca twilight (tgl 3 chap).
kte might be beli new moon.
nk solve problem ni: call stiap mph.
klau kena book, mmg sdih la

saya said...

lama nak tungguu.
menunggu tu satu penyeksaan mental secara halus.
hohoho.
tapi kalau ada stock pun, bukan kita dapat pergi.
midvalley boleh kira dengan jari berapa kali pergi.
ou jangan cakaplah.
pintu masuk dia pun tak pernah jejak.
T,T