Wednesday, February 11, 2009

kau manusia biasa juga kan?

aku manusia biasa yang punya perasaan.
yang kadang kala akan rasa sensitif.
tersentap sedikit barangkali.
dengan tujahan katakata kau.
tetapi aku masih tahu untuk mengukir sebuah senyuman.

apa kau boleh?
tersenyum sedangkan hati kau sedang menangis?
aku boleh.
aku bercakap bukan untuk membanggakan diri.
tetapi kau perlu tahu erti kepayahan senyuman aku itu.

ouh, aku juga masih kenal apa itu sedih dan...
apa itu kecewa.
heh.
tolong, aku bukan plastik.

jadi jangan kau cuba menghakimi aku.
seolah-olah kau kenal benar seorang gadis bernama nuha muneerah.
sedangkan aku sendiri masih mencari siapa aku.
dan untuk apa aku berdiri di hadapan kalian.
barangkali menjadi badut dunia.
siapa tahu.
kan?

aku pernah marah.
pernah takut.
juga pernah menangis.
malah pernah ketawa.
seperti kau.
kerana kau manusia biasa juga kan?

whatsoever: sekadar mengekspresikan diri :)

2 comments: