Wednesday, February 4, 2009

it's a blank

saya penat! tau penat? penat dengan orang orang yang ada dalam dunia ni. tumpang lalu. entri cari gaduh tak pasal pasal -______-" tapi sumpah saya penat yang teramat sangat, (penat driving class tadi telah tumpang sekaki). serius rasa nak pejam mata ni lama lama. biar tak terbangun langsung. sampai bila bila. nauzzubillah. kenapa ni nuha?

sighs. jangan mengeluh, sayang. tak baik.

last night bila bukak blog syafiqah jasmin baru teringat yang online application untuk ipta dah buka kat laman web kementerian pengajian tinggi. berlari pergi ambil slip bsn ke apatah nama dia untuk masukkan nombor unik id. damn it. asal line wireless internet ni on and off macam hilang anak dara teruna ke apatah. yang kod imej tu pun satu hal. dah masukkan kod tu suruh kembali masukkan balik. apa ada hal seyh! bosan, bosan.

lapan pilihan tu pun satu hal lagi. apa, tak bolehke letak lapan lapan tu pilihan yang sama? tension betul lah. saja nak cari angin saya lah tu kan. dahlah pilihan untuk medic sikit je. apa kes UKM tak masuk senarai? ah, sudaahh. bila masukkan empat yang teratas pilihan sama, yang keluar arahan ni;

pilihan satu sama dengan pilihan dua.
pilihan dua sama dengan pilihan satu.

sumpah bengkak gila weyh. -___________-" malas sakit hati rasa nak terjun kolam, saya close window dan shutdown terus lappy. serius rasa nak menjerit je. kepala ni pula tengah berdenyut denyut. jangan migraine datang lagi sudah. mintak dijauhkan. tak tertest jpj saya esok karang.

tenang nuha, tenang. tarik nafas dalam dalam. dalam lagi. jangan lupa hembus.

whatsoever: group kuning, nombor 45 :)

2 comments:

Hidayah said...

haha rileks nuha. rileks. ahakss

saya said...

haha, thanks hidayah :)