Thursday, February 26, 2009

hikayat 3; reunion lelaki

gambar di atas bukan sekadar hiasan okay. silalah tilik yang mana haq berkenan, saya passing kepada anda ya. hahaha. gila apa. kawan saya semua ni. dan saya sayang mereka :) tak semua boys 5sains1 duaribulapan ada kat sini. entah mana yang lain mengagau entah. kredit lokasi kepada ayie; si berbaju hitam bercorak kelabu berseluar coklat berbraces hijau, (ke pink eh ayie, haha. sorry. saja usik).

dalam banyakbanyak kawan lelaki, seingat saya lah, saya kenal ayie paling lama. sejak darjah tiga sekolah kebangsaan. dahlah banyak tahun sama kelas kan ayie kan. eh eh. ouh, ayie ni sangat baik dan tersangat pandai, (walaupun suka tidur waktu fizik tapi dia tetap dengar apa cikgu azian cakap). takut i, you. tibatiba promote ayie pulak eyn. tinggi lah market awak ayie lepas ni. kahkahkah.

semalam saya bermimpi lagi. pasal lelaki. oh, jangan. jangan kutuk dulu. saya bukan mimpikan budak lelaki kelas saya tahun lepas. bukan juga mimpikan roti, garfield, gerimis dan sebagainya. bukan juga si dia. mintak ampun, sayang, (sambil terkebil kebil mengharap belas kasihan, hahaha). saya mimpikan reunion budak lelaki yang saya tak pernah jumpa.

mulai sekarang saya berjanji akan basuh kaki berlebih-lebih kali sebelum tidur -______-" mimpi dah jadi semakin pelik.

mungkin sebab saya banyak fikirkan pasal alam universiti sekarang, saya mimpi saya nak pergi orientasi hari minggu mesra siswasiswi macam gitulah. yang peliknya, budak lepasan spm satu negara mengharung pergi. saya berorientasi di universiti malaya, (tak tahu kenapa). mulamula tu mengagau mencari bas atau caravan nak bawa saya pergi UM, (dalam mimpi dah lupa saya dah ada lesen, haha).

bertembung dengan budakbudak lepasan spm nak ke UKM, USM, Kolej Mara dan IPTS. tak ke pelik mimpi ni. dalam pada berasakan bertolakan bersadinan nak rebut naik bas, jumpa dengan zulaikha, kawan sekelas masa kat asrama dulu. jadi drama sebabak sekejap depan bas sambil saya sempat hulurkan nombor telefon saya pada dia.

dan saya jumpa sharidan. i mean, that comel handsome adorable sharidan!! tenang nuha, tenang. saya fikir jugak apa dia buat kat situ sebab dia tua setahun dari saya. rupanya dia pemandu van hantar student U. sharidan yang pandai masuk asrama tu jadi van driver? kau tak boleh kreatif lagi ke nuha? T,T

saya tanya dia boleh tak tumpang hantar saya ke UM dan dia kata boleh. masalahnya van tu seat dia semua dah penuh dengan budak lelaki yang bersamping dan bersongkok macam budak alim agama semua lah. segan mulanya tapi dah tak ada kenderaan lagi dah nak ke UM masa tu. saya masuk ikut pintu belakang instead of pintu tepi. dah nama pun mimpi kan.

duduk depan seorang budak lelaki yang tak dikenali. paling ingat, lutut kitorang hampir terlanggar tapi saya cepatcepat betulkan posture. huallaweyh. dan tibatiba dia tanya saya pasal "susah kan spm punya paper math?" dengan muka syahdu lagi suci, saya menjawab, "tak. bagi saya addmath lagi susah" dan dia diam. kami tak bercakap lagi. sadis betullah.

mimpi berakhir.

whatsoever: eclipse and breaking dawn in less than 3 days ;)

2 comments:

shadah..♥ said...

wah dah mimpi msk uni...
eik terjumpa sharidan. tb2 msk dye pulak.
nape eclipse dan breaking dawn in less 3 days? nk dpt dah ke?

saya said...

agak ahh.
tb2 ada sharidan ouh.
-___________-"
tp dia ttp cute. ahahaha.