Wednesday, February 11, 2009

di ruang peribadi #002

siang semalam akhirnya dapat call kak niza dari office metro untuk tanya pasal re-test dengan jpj. serius cakap, the moment kak niza cakap maybe re-test saya tu minggu depan, dalam fikiran dah sumpah seranah diri sendiri sebab gagal minggu lepas dan dalam hati ada rasa frust, (walaupun mulut cakap "ouhh, ya ke? okay, tak apalah". -_____-") hahaha. manusia.

ouh, bibir. aku fancy kau dengan sangat gigih. kau sungguh bijak dan manis berkatakata!

pernah rasa macam mana nervous tunggu watak jahat dalam drama bersiri kau minat mati? macam tu lah saya rasa setiap kali bila fikir pasal road test jpj. kalau setakat luruh tercabut gugur jantung tak apa, ni rasa macam cardiac muscle expand macam bom belon sebab terlebih kalori. kahkahkah.

so malam tadi sambil layan winter sonata, (sangat jealous dengan love story diorang boleh? T,T rasa nak jadi remaja balik) eh eh. kau dah dewasa sangat ke? dah dewasa lah. dah pegang maybank bank card. hahaha. ouh, buka account dan pegang bank card je dah dewasa? senangnya.

okay, korang maybe tertanyatanya mana pergi sambungan sebenar lepas ayat so malam tadi layan winter sonata tu -____-"

sambil layan cd nombor dua winter sonata malam tadi, saya belek slip keputusan road test yang saya gagal,(*%^!$*@!#@$, tumpang lalu) untuk pastikan saya takkan buat mistake yang sama khamis ni. ouh encik jpj, pisang takkan aku biarkan berbuah dua kali. hmph!
lupa cakap yang abang zul dah comfirmkan saya akan re-test this week and bukan minggu depan. fuuhh. tahukah kau betapa leganya hati ni? benarlah kata orang, penantian satu penyeksaan yang manis. hahaha. manis ke? kalau kau excited lah kot.

tengok, dah siap lakar plan jalan tiga lagi. hopefully memang dapatlah jalan tiga, (paling senang dan dekat, sebab kena u-turn je. hahaha)kalau gagal lagi... tak tau lah apa nak kata. ahh, tak nak fikirlah. tak ada kalaukalau. insyaAllah, saya akan buat yang terbaik, (ayat cliche lagi skema T,T) hahaha.

whatsoever: seatbealt haunted me like crazy in my dreams. kesialan.

No comments: