Thursday, February 19, 2009

dah kata tak suka.

selama ni, apa saja ending drama saya akan setuju. tak kisahlah ending kahwin happily ever after forever gelakgelak semua ada pasangan sendiri ataupun sedih menangis bunuh diri sakit mati kahwin lari cinta tak kesampaian ke apa. saya tak kisah. terima saja. dunia drama filem telemovie kita ni kan cliche. ouh, tidak. jangan serang saya. tiada peluru sesat ditujukan kepada korang.

tapi bila saya tengok ending drama slot lestary kumilikmu, tibatiba rasa tak puas hati dengan ending dia. bukannya saya ikuti sangat cerita ni tapi sempatlah tengok beberapa episod awal dan tahu jalan cerita tapi tergantung di tengahtengah kerana patuh arahan abah yang tak bagi buka televisyen lepas jam 8 malam sebab adikadik perlu bersekolah. ah, semput! saya memang sebut semua ni sekali nafas. mari cuba.

pendekkan cerita, ending drama tu; soraya kena tangkap dengan polis pada hari dia nak nikah dengan iqbal dan akhirnya anisa bersama dengan iqbal. terusterang cakap, saya tak suka.

mungkin saya ni bersifat antagonis secara semula jadi, (eceyh. buka pekung di dada ke apa ni -___-") jadi saya secara peribadi lebih menyokong soraya. walaupun dia kejam jahat tahap rasa-nak-tempeleng-terajang-kasi-ajar-sama-dia, saya tetap suka dia. apakah. pembetulan minda, saya bukan suka faradhiya tapi saya suka watak soraya. dia tough. tak lembik lemah low dan sebagainya. adakah ini bermakna saya tak suka orang lembut? *angkat bahu secara pukal*

'bias' ke saya? mungkin. tapi nak buat macam mana kalau perasaan suka tu datang tanpa dipaksa rela. fahamkah? my oh my. dah terpesong dah ni. mari kita berzapin sekejap. one two three four. one two three four. tarik nafas, hembus.

bagi saya, saya tetap nak soraya dengan iqbal. nak jumpa penulis skrip dia boleh..? ah, jangan cari pasal nuha. duduk diam diam. tunggu buku twilight datang. aik.

macam telenovela ruby dulu. kalau ada sesiapa ingatlah. pada masa saya masih muda remaja menggalas beg berjenama roxy konon bergaya untuk ke sekolah. walaupun ruby tu jahat suka mainkan hati lelaki dan banyak rancangan tak baik dalam kepala dia, saya tetap suka dia. tolong jangan buat andaian saya suka semua watak jahat.

ada juga watak jahat yang saya sangat benci sampai sanggup puasa nazar kalau watak jahat tu akhirnya mati. ya, saya pernah buat. T,T

jadi bila fikirfikir balik, saya sebenarnya bukan suka watak antagonis tapi saya lebih terarah kepada watak yang tegas, tough dan tahu apa yang dia buat. senang kata, ada matlamat. jahat tak jahat belakang kira. saya pun bukannya protagonis sangat. hahaha. ouh yeah, i can be deep.

membebel pasal ending drama je dah habis satu entry. doi.

whatsoever: sejak akhirakhir ni, hati saya berkata sifat fragile. nescaya baling kapas pun boleh pecah. *prraangg*

No comments: