Thursday, January 29, 2009

yang selalu ada di bawah

hari ni hari yang tak berapa selesa sebab berlaku some things kat rumah. sejak semalam lagi tak selesa sebenarnya since one of the maids buat hal tak nak kerja. whatthefish seyh -___-" now dia tengah mogok nak balik tak nak kerja, (padahal tiket ferry dia hari isnin nanti baru ada). sometimes i just dont understandlah these people. ah, abaikaann.

malam tadi jugak tibatiba dapat title perempuan emo, (saya mahkotakan sendiri, jangan jealous sudaa T,T) sbb saya tengah buat something dan tibatiba whamp! saya tersandar dan tibatiba ada rasa rendah diri, rejected, asyik kena mengalah dan pelbagai lagi perasaan rojak-basi-yang-tak-sedap-ditelan macam naik rollercoaster bumpy ride ke apatah.

tibatiba rasa macamtu. even tipulah kalau korang tak pernah rasa down tibatiba kan? aik. gila banyak tibatiba. teringat kali terakhir menangis secara sadis lagi terseksa di bilik hotel di makkah tiga tahun dulu. sangat down masa tu. rasa nak sentiasa ada depan kaabah mengadu pada-Nya pun ada.

dan tibatiba emo lagi sekarang ni bila tengok sinetron jelita kat tv3. part bayu caring dengan jelita yang sweet sangat menyentuh hati, (tapi geli bila bayangkan nama bayu. teringat bayu boroi jahat tahap tarik-langsir-sampai-koyak kat sinetron anakku bukan anakku, kahkahkah. geli gilaaa). rasa nak biar terburai bersepaisepai je isi perut dia. doi, kejam sungguh -_______-"

semalam, masa teman dan ajar aiman buat latihan, (ini kerja murni lagi ikhlas saya padahal dapat gaji ouh, kahkahkah) jumpa lagu bangau oh bangau. kesian pulak dengan budak sekarang especially aiman yang tak tahu langsung nak nyanyikan lagu tu. so saya pun nyanyikan dulu dan ajak dia ikut nyanyi lepas tu.

out of the blue, teringat lagu yang saya suka nyanyikan untuk kakak-kakak senior kat asrama dulu.

walaupun lagu ni terserlah dan kelihatan sangat kekanakan, perasan tak ada mesej tersembunyi? lagu ni menyindir sikap manusia yang suka menyalahkan orang lain. tanya pokok kenapa dia goyang, dia suruh tanya angin, (padahal kalau dia stiff macam besi je memanjang, tak lah goyang kan? -____-"). peduli kan.

woah woah woah. sangat rindukan zaman kanak-kanak pada dulu kala. waktu saya tak fikirkan apaapa dalam kepala except for fun! fun! fun!, hahaha. fuuuh, lagi best kalau dapat jeritkan funfunfun tu punya nyaring kuat cukup harkat dan dengungnya.


whatsoever: entah kenapa idea untuk blogging datang dengan hebatnya pada waktu malam. tapi bila bangun je lupa. cit.

No comments: