Tuesday, January 27, 2009

sepuluh mungkin saya patut

ini entri bergaduh dengan baubau bacang anak tekak :)
  • sapu satu botol emmeltz yokoyoko kat badan saya setiap kali sebelum driving class, (kahkahkah, buatnya berasap lagi kejang badan kau tengah jalan tu kau nak menjawab ke!).
  • buka balik buku biology sebagai persediaan masuk universiti, (eceyh, dulu masa sekolah, nak menyelak sebarang dua mukasurat pun kau dah mengeluh macam kena tanam anak padi empat ekar kat tengah bendang, ada hati nak baca sekarang).
  • start belajar memasak ataupun masuk dapur, (yeahh, its about time lah weyh. kau menikah nanti, nak bagi suami melantak apa! daun? pasir? insaflah sikit).
  • mulakan menulis novel dan sajak balik, (sedar pun kau. kacang lupakan impian untuk menulis sungguh kau yaa).
  • tutup televisyen dan suruh adikadik masuk tidur, (kejam sungguh kau perempuan. adikadik kau tengah tengok tv seyh -___-")
  • kemas bilik saya yang sedikit bersepah di tingkat atas, (sedikit..? kahkahkah. kau mamai ya. dah langgang gila tak serupa bilik dah bilik kau tu :/).
  • minta sos cili mcD banyakbanyak kat kakak counter sebelum mcD diisytiharkan boikot, (hamboi, kempunan sangat nak telan cili apa. tu, tu, kat belakang rumah kau berlonggok pokok cili weyh)
  • memandu dengan lebih tenang ketika di jalan raya, (memang patut pun kalau kau tak nak lesen P yang ada kat hujung jari kau melayanglayang macam belon helium tak ada pemberat T.T)
  • menghadkan diri supaya tak terlalu addicted pada fashion wars di myspace, (apa kes anak dara bersengkangmata depan lappy tengah malam buta. dah obses sangat dah kau ni. tak dapek eden nok nolongnyo jangg).
  • berhenti bergaduh dengan baubau bacang anak tekak, (entah, kau nak tunjuk terror dengan anak tekak. buat habis karan je bergaduh dengan kau. jatuh standard tekak sedunia seyh).
nota; kau annoying sungguh tak makan saman.

whatsoever: dah lulus pre-test jpj and next week dah boleh test jpj. wee.

2 comments:

Naddie Anuar said...

memasak itu ialah tidak bess!!! it's messy & sweaty, lg2 masakan melayu, berminyak lagi tuh!! tp kalau niat mulia nak blaja, alrite arr tu :)

p/s: good luck driving test. driving itu sgt bess, x seperti memasak. :) driving itu bley menenangkan jiwa + otak.

saya said...

hee. sangat betulll. hohoh.

thanks fr the wish. tp masih gabra lah kak long nak driving, sighs