Sunday, January 4, 2009

saya mahu kahwin begini

apa kes budak umur 17 tahun cakap pasal kahwin ni..? apa, tak boleh ke? saya bukan meroyan atau dah menggatal okay. topik kahwin ni kan subjektif. entri ni serius dah merangkak (fine. bkn merangkak tapi dah berLARI) daripada skop writing saya selama ni. dan ya, title kat atas tu ada kena mengena dengan apa yang saya nak kongsikan hari ni. lets get started aite.

saya pernah terfikir, kenapa kita kena kahwin. sumpah itu soalan utk diri sendiri. jd tak payahlah jawabkan ya. point one; itu sunnah nabi. point two; meramaikan zuriat. point three; hindar dari maksiat. point four; menghalalkan apa yang haram. itu tanya budak skola rendah pun diorang tahu. saya prnah cakap pd diri sendiri dan org yg dekat dgn saya; family&friends, yang saya tak nak kahwin. serius. masa tu saya fikir kalau saya dah jadi doktor nnti, saya nk berkhidmat utk UN as in United Nations. tak payah fikir pasal kahwin kalau dah sibuk tolong orang ya tak..? :/

lagi lagi bila saban minggu; surat khabar (esp pancaindera&bpop, haha) memukau saya dengan berita kahwin dan cerai berai ni. alhamdulillah, keluarga saya masih stay harmoni. jadi, trauma tu belum ada. apa guna kita kahwin kalau akhirnya kita bercerai? buat habis tenaga, habis perasaan. semuanya lebur macamtu je. kalau dapat suami yang abuse isteri lagilah haru. dapat yang workaholic pun susah juga. saya dah rambang mata nak pilih kriteria suami mithali [?] haha.

kemudian mulalah fikiran saya melalut bila fikir pasal tak nak kahwin ni. nak ambil anak angkat dua tiga orang lah. nak suruh parents carikan jodoh la (kahwin paksa? oh, tidak). nak stay and kerja kat overseas lepas habis study medic lah. perkara perkara yang menjadi mainan angan angan. tapi sekali dua, ada juga terfikir saya ni tak layak untuk kahwin (umur baru 17, takyah cakaplah weyh) -.-"

tapi, recently, entah kenapa, ada beberapa orang dan perkara memberi perspektif baru kepada saya tentang erti sebenar perkahwinan dan hubungan suami isteri (komunikasi lah, pervert). tapi saya tak boleh cerita lebih lebih. under age lah konon. saya tahu, sehebat mana pun perancangan kita, Allah yang menentukan segalanya. ayat klise; jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan-Nya :)

jadi, saya dah fikir masak masak, kalaulah ada jodoh nanti saya kahwin, saya nak yang simple je. wpun abah cadang nak buat pelamin atas kolam ikan kat rumah ni, saya rasa saya tak nak sanding lah. tp kalau nenek atau sesiapa insist, mungkin saya akan sanding tp depan family saja. buat apa nak tayang kat public kan. dan saya nak setiap detik perjalanan majlis kahwin saya tu didokumentasikan. tak kira cameraman ke, videoman ke, photoman ke, saya nak semua ada. dari detik pengantin lelaki tiba, sampailah ke makcik cuci pinggan kat dapur. adakah saya suda melampau sbb demanding bukan bukan? adoi.

saya nk kongsi satu video yg brjaya memberi demensi baru kpd saya.
saya mahu kahwin seperti mereka. ouh yeah. jeles, jeles.


whatsoever: ini pula video pengalaman di kota singa tempoh hari,

voice credit to obek anip nama sebenar ;)

6 comments:

fawani said...

hehe.
kahwin oh kahwin
yup2.mmg patut la direcordkan those moments..
n i'll do d same thing too :)
mgkin lagi awl...dari nak plih baju kahwin...buat hntaran sume...
huhu

k..fullstop.
xmau brangan byk2 lagi
nnt terasa nak kahwin pula.
agagaga
hihi~

saya said...

haha.
sangat setujuuu.
berangan itu perlu supaya kita tahu apa yg kita inginkan,
tp taleh lebih2.
haha.
btw, dh tgk vid pre married montage tu?
ya Allah, gila comel :D:D

syrrul said...

awww :) kite pon nak lah! yg every minutes, ade gmbar tuh. pastu buat slideshow of pics together time reception, waaaaah! :DD
ok berangan. hahaha
mesti kaya, kan org tuh, tgh tgh KL beb.

saya said...

itu lah pasal.
dekat lot 10 pulaaa. haha.
did u knw yg dorg tu actually,
former niners first batch??
mmg dah couple since skola menengah!
awesome gila.

Naddie Anuar said...

hehe~ hie nuha. i'm on a 'blog reading' mode skrang so ter'bump' into ur blog.

tot tannak kawen gak dulu. seresly jd workaholic, blaja tinggi melangit & travel around the world tanpa perlu pk bout anything itu sgt lah bess!!!

tp tertibe terpk, sampai biler nak report & hang out with parents. siblings & friends pon nnti ader haluan sendiri. so bess gak kalau ader partner.

but all in all, takyah la pk. some things are meant to happen, and others are not. So surf the wave, go with flow cause a branch that doesnt bends with the wind, breaks :) ehe~

p/s: rajin giler blogging minah nie!

saya said...

hey kak long!
wah, tak sangka kak long pun blogging gak. hee.
ohoh, anda sudaaa kahwiiin ;)