Wednesday, January 7, 2009

sardinepuff 101

amaran; entri ini akan mengandungi banyak gambar.
mungkin hidayah sudah turun dari langit buat saya (ayat insaf akan kekurangan diri, haha) kerana malam tadi saya terfikir untuk mempraktikkan diri dengan skill memasak. entah kenapa saya rindukan karipap atau shud i say, sardinepuff yang arvie prnah bwa ke sekolah. wahh. nostalgik sangat ni. saya memang jarang masuk dapur, (pengakuan tulus lagi ikhlas).

maksud saya memasak, bukan ambil makanan. saya tak malas, harap maklum. jadi saya pun memulakan misi memasak sardinepuff selepas saya memasak french toast untuk sarapan, bajet nk show off, haha.

ini bahan bahan yang diperlukan untuk buat sardinepuff, (mengikut panduan umi saya) jadi kalau ikut buku resepi atau buku teks kemahiran hidup tingkatan tiga elektif ekonomi rumah tangga, mungkin bahannya akan berbeza. dan oleh sebab saya nak buat sardinepuff, saya menggunakan ikan sardin (seriously boleh tahu dgn obvious, sardinepuff) sebagai inti puff saya ni. briefly, tepung gandum stengah kilo, margerin planta, air masak, garam, minyak masak dan ikan sardin ayam brand dua tin (bnyk tin pun boleh tp rumah saya tinggal dua saja -.-").

first thing first, satu sudu besar planta dimasak dengan empat sudu besar minyak masak di dalam kuali (mengikut sukatan sendiri), api dalam kadar sederhana dan kacau sehingga margerin planta itu cair dan menjadi kekuningan seperti kuning telur, sambil membau haruman planta (ayat penyedap rasa, sila abaikan).

tutup api dan curahkan cairan planta yang sudah masak itu ke atas tepung gandum yang sudah dimasukkan ke dalam bekas mengadun. tipsberguna; gaul adunan terus dengan tangan selepas planta dicurahkan jika kamu nak rasa bagaimana sakitnya tangan kerana melecur. saya dah rasa dah tadi :) saya akhirnya belajar bagaimana untuk bersabar, (ayat sarcastic).

bila adunan tadi sudah sejuk (main agak agak), gaul dengan sebati selepas ditaburkan garam secukup rasa, eh tak, sesudu kecil. uli adunan tersebut dengan menekan pada tapak tangan, (jangan main ramas dan kirai dengan jari je). tambah sedikit demi sedikit air masak sambil menguli, jangan bnyak sekaligus untuk elakkan pembaziran air dan adunan yang sepatutnya jadi doh bertukar jadi tepung cekodok. bila tepung dah boleh digumpal, bentukkan bola bola kecil macam kat atas tu (bentukkan sesedap tangan). tinggalkan doh sekejap dan buat inti sardinepuff.

inti ini adalah lebih lawa jika di black and whitekan, percayalah. dgn berkecah sos semua, takut korg hilang selera pulak, haha. ikan sardin tu saya buangkan tulangnya tp kalau ada yang dah terbiasa makan dengan tulang, silakan, i dont have anything against you :) dan untuk menambahkan rasa serta menghilangkan rasa muak sardin, letakkan limau nipis seulas dua. bagi mengkickkan lagi inti korg, bolehlah tambah cili dan bawang merah yang dihiris halus. seterusnya bolehlah hancurkan sardin tu.

balik pada tepung, dah boleh start uli dengan adanya rolling pin dan dulang. er.. tepung tu supposed jadi bulat cantik ya, bukan bersegi segi macam dalam gambar tu, (nampaklah sangat 'pro', haha). uli tepung sedikit demi sedikit, jangan semua. sbb takut tepung tu akan jadi keras masuk angin dll.

lepas tu, bolehlah letakkan inti ke atas tepung dan mulakan mengelim macam kat dalam gambar tu. mengelim ni ada banyak cara; guna tangan secara tradisional ataupun kelim instant beli kat Giant harga rm1.99 (agaknya, tak sure) tu. saya buat cara tradisional, kelim guna tangan yang saya belajar dari umi.

akhirnya, sardinepuff itu bolehlah digoreng dengan minyak penuh dan pastikan api dibuka sederhana sbb kulit tepung mungkin akan terlebih masak sedangkan kat dalam masih mentah.

dan warl-lah. sardinepuff siap dibuat dan digoreng dalam masa kurang 3 jam. (ingat senang ke, haha). memang senang pun sebenarnya. sedap dimakan untuk minum petang bersama teh strawberi :) kalau gmbar sardinepuff itu tidak menyelerakan anda, maaf lah ya.

whatsoever: hari yang santai :9

No comments: