Friday, January 30, 2009

korang couple?

diolah daripada onthescene :)
i think perempuan surely agree dengan bahasa kiasan ni, (as i use it myself, hahaha. -___-") wpun mungkin ada sesetengah yang lebih cool dan tak emo macam tuan punya blog neyh, kahkahkah. jangan risau, saya sedar diri T,T tapi seriously semua bahasa kiasan kat bawah ni majoriti perempuan guna, kan?

FINE
ini la yang perempuan suka gunakan untuk hentikan pergaduhan, (atau dah malas nak panjangkan cerita, haha). lebih-lebih lagi bila dia rasa dia yang betul dan korang kena diam. jangan sekali kali gunakan perkataan ini untuk memberi gambaran rupanya, terutama sekali apabila dia sedang mencuba pakaian di kedai kerana perkataan itu hanya akan membuat korang berdua bergaduh.

LIMA MINIT

ini sebenarnya setengah jam. sama jugak dengan lima minit yang perlawanan bola sepak akan berakhir sebelum korang membawa sampah keluar, jadi ini adalah pertukaran yang seimbang.

TAK ADA APA-APA

ini bermakna ada "something" dan korang perlu berjaga-jaga! perkataan ini melambangkan perasaan perempuan yang inginkan fikiran korang berputar-putar macam mesin basuh, (kentang putar pun okayh. yummy, haha). selalunya, ini akan memulakan pergaduhan yang akan bertahan selama 'LIMA MINIT' dan diakhiri dengan 'FINE'.


PERGILAH!

(dengan kening terangkat ala ala ziana zain) ini adalah satu cabaran yang akan membuat si perempuan menjadi marah dengan 'TAK ADA APA-APA' dan diakhiri dengan 'FINE'.

PERGILAAHH

(dengan kening biasa bajet cun). ini bermakna 'mengalah' atau 'buat je la apa yang awak nak sebab saya tak kisah', (ini seriously bagi saya sangat betul. noktah). korang hanya akan mendapat situasi ini dalam beberapa minit diikuti dengan 'TAK ADA APA-APA', 'FINE' dan dia akan bercakap kembali dengan korang dalam masa 'LIMA MINIT' apabila dia dah sejuk.


MENGELUH YANG KUAT

ini sebenarnya bukanlah perkataan, tetapi kenyataan yang sering disalah anggap oleh kaum lelaki. 'MENGELUH YANG KUAT' bermakna dia merasakan korang adalah seorang yang bodoh ketika itu, dan dia sendiri terfikir kenapalah dia menghabiskan masa berdiri di situ dan bergaduh mengenai 'TAK ADA APA-APA'.

MENGELUH YANG PERLAHAN

lagi sekali, ini bukanlah perkataan. 'MENGELUH YANG PERLAHAN' membawa maksud yang dia berasa puas, (ke mengeluh sopan? -___-") adalah lebih elok jika korang duduk diam, jangan buat sebarang tindakan... dan dia akan kekal puas.


OKAY LAH

ini adalah kenyataan yang paling merbahaya seorang perempuan boleh buat kepada lelaki. 'OKAY LAH' bermakna dia ingin berfikir panjang sebelum dia membalas terhadap perbuatan korang yang telah menyakitkan hatinya. 'OKAY LAH' selalunya digunakan dengan 'FINE' bersama 'Kening YangTerangkat'.

BUAT LAH

satu ketika di masa depan dalam masa terdekat, (beberapa saat mksudnya), korang akan dilanda masalah yang besar, (break up maybe? woahwoahwoah)


TOLONGLAH

ini bukan kenyataan, sebaliknya adalah pelawaan. seorang perempuan memberi korang peluang untuk mengeluarkan sebarang alasan atau sebab di atas apa yang telah korang lakukan. korang mempunyai peluang yang adil dengan kejujuran, jadi berhati-hati so that korang tidak akan mendapat 'OKAY LAH'.

TERIMA KASIH

seorang perempuan mengucapkan terima kasih. jangan pengsan. terima dan ucapkan sama-sama.

TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK
ini banyak berbeza dari 'TERIMA KASIH'. seorang perempuan akan menggunakan ini apabila dia dah terlampau marah pada korang. ini menunjukkan yang korang telah menyinggung perasaannya dan akan diikuti dengan 'MENGELUH YANG KUAT'. berhati-hati untuk tidak bertanya apaapa yang salah selepas 'MENGELUH YANG KUAT' kerana ini hanya akan membuat dia berkata 'TAK ADA APA-APA'.


whatsoever: mungkin ke saya begitu baik hati untuk buat tiga entri hari ni? hahaha.

4 comments:

CaBaiKeRinG said...

salam

marilah visit blog akak

www.cabai-kering.blogspot.com
www.juaimurah.blogspot.com

kalau suka boleh datang selalu

saya said...

insyaAllah, kak.
terima kasih :)

eZo said...

Nua,apit tau smua tu hee
tp kdang2 saja buat tk tau(mengusik laa katakn)

saya said...

tembak karang~!! ;p
lys