Saturday, January 31, 2009

dia si comot kemek pemalas

genre: nostalgia air mata
kali pertama saya tengok dia, saya cakap; "eih, kurusnya dia", (memang buruk sungguh dia ni) tapi dia masih sangat comel. dia, kucing pertama keluarga kami. lebih tepat, kucing izzah, (tapi budak ni bagi kasih sayang cara pelik je, kahkahkah). beli dia masa tahun 2006 kalau tak salah. ouh, nama dia stein. singkatan daripada einstein, (kira stein the second atau the third ke apa tah) tapi dia masih sangat comel. aik. bukan dah cakap tadi? saja.
saya tak pernah pegang kucing. tak pernah. dulu bajet nak jadi gedik, nampak kucing lalu bawah lantai je saya menjerit, (padahal kucing tu sekaki jauhnya -____-"). mengadalah bukan? tapi sejak ada stein, saya dah pandai belai kucing. bukan bela. baca betulbetul. dah pandai garu kepala main tarik ekor acah acah kucing. dan saya juga lebih prihatin tentang kucing yang lalu bawah lantai. serius.

disebabkan keobsesan tahap carik-carik-bunga-love-me-love-me-not pada penciptaan nama, saya selalu panggil stein jadi "star-in" dan kadangkadang "gemowk" dan kadangkadang juga "sayang". ouh, saya sangat sayangkan dia walaupun dia comot dengan line air mata bawah mata orange dia tu. sayang kamu, gemowk!
banyak kali jugak stein ni hilang. jenuhlah kitorang mencari dia. siap buat flyers, paste gmbar, letak words, alamat semua. kayuh basikal keliling tempat kitorang tinggal sebelum pindah dulu, (ingatkan nak buat solat hajat macam aunty ira buat masa ninerr hilang -_____-"). rupanya dia kat rumah orang lain. nasib baik jiran tu bagi dia makan dan tak halau dia.

stein memang sangat malas. even nak bersihkan badan sendiri macam kucing biasa pun malas ya amat. nama pun persian :)

hari ni, 31 haribulan januari 2009. setahun dah berlalu dari tarikh yang bagi memori pahit pada saya. ya, pada tarikh ini tahun lalu, saya kehilangan dia- si comot kemek pemalas. malam 30 haribulan januari, entah kenapa stein terlebih manja dengan saya.

malam tu... saya petik jari je dia ikut mana saya pergi. malam tu... kali terakhir saya tengok dia menapak dengan empat kakinya. malam tu... malam tu... dia bermanja dengan saya.
dan pagi 31 haribulan januari, masa saya sedang bersiapsiap untuk ke sekolah, (tengah breakfast actually) dan abah yang ontheway keluar rumah nak main golf tibatiba menjerit dan beritahu... stein dah mati. gemowk saya dah tak ada. dah tak ada. abah angkat dia dengan tangan dan tunjuk pada kitorang depan pintu. stein kena langgar dengan jiran kitorang.

saya memang anti dengan jiran depan rumah tu. sepuluh tahun tinggal depan rumah satu kawasan satu jalan, nak senyum pun payah! tapi bila kejadian tu berlaku, saya makin makin anti dengan jiran saya tu. kesan darah stein kena seret dengan kereta tu masih terbayang kat mata saya.

dan hari tu, semua adikadik saya tak pergi sekolah. tapi saya pergi. saya pergi walaupun hati ni rasa hiba sangat. jejak kaki ke sekolah, tisu standby kat tangan, meleleh air mata teringatkan stein. sampai dewan sekolah, orang pertama saya cari, zahidah. saya terus peluk dia dan menangis, menangis dan menangis.

ya, sepanjang hari di sekolah saya menangis. gemowk, kakak rindu kamu :')
whatsoever: sedih. tak dinner. buat bintang.

No comments: