Thursday, January 22, 2009

belah belah siri 7

okay, nampak sangat otak nuha dah songsang. siri satu sampai enam pun tak ada, apa ada hal kau nak siri tujuh, (peduli apa kau. itu number favourite seyh, -__-"). makluman, belah belah kat title tu bukan shopping spree ala ala mega sale 100% off mknanya free segala benda. itu perkataan bla bla bla bla yang dipanjangkan sikit ejaannya, (orang sibuk nk shortform shorthand apatah lagi, kau nak panjang pulaaak eyn).

tujuan entri ni tak lain tak bukan adalah untuk merepek. merepek? woah woah woah. dasar dah bosan dan tak ada idea best untuk memblogging macam tu lah gayanya.

since tk ada benda menarik nak cerita, (tak ada matlamat entri yang pasti maksudnya T.T) accept for cerita kolam-ikan-yang-nak-ditambah-lanskap-dengan-bumbung-kayu, (apa akan terjadi kepada bakal tapak pelamin kuu, hahaha. sila rujuk sini kalau tak tahu pokok pangkal salasilah kronologi family tree punya cerita) marilah kita merepek, which is i'm not expert in. eceyh. sangat hebatlah bukan bunyinya?

ouh, danial dah pass jabatanpengangkutanjalan punya test, gila jealous. 5 februari tersayang, cepatlah tiba supaya boleh dapat lesen P, (padahal drive pun belum expert lagi seyhh, angan lebihh). perghhh, gila bosan duduk rumah melingkar macam ular dah makan satu ekor lembu tak boleh gerak. kahkahkah. perbandingan yang hyper untuk kebosanan yang ekstrem.

hari ni birthday awi dan sangat tension tak dapat gather dengan diaorang kat secret recipe sacc. padahal sebenarnya dah lama mengidam nak makan cheese cake secret recipe, -__-" apaapa pun, happy birthday awi :) dah lama tak jumpa awak seyh. rinduu.
sengaja tunjuk gambar kek chocolate indulgence neyh. silalah terliur sebagaimana terliurnya saya di kala melayari laman sesawang, (perghh, skemaa) secret recipe. doi doi doi, sadisnya saya mengharapkan kek ini.

untuk menambahkan identiti merepek ke atas entri ini, mengapakah faizal tahir nampak sangat hot waktu nyanyikan lagu sampai syurga itu? woah woah woah. jangan mudah terpedaya dengan rupa, nuha. ingat Allah :) suami orang tu weyh. boleh jadi bapak saudara kau dah tuu. hahaha. katakata merepek untuk hari yang tak berapa nak indah.

woey, bila bulan tiga nak tiba ouh. tak sabar nak dapat result spm sambung belajar dah. nak uliti diri dengan buku ilmiah pen biru pilot G2 0.5 kertas kajang pen kaler maler stabilo. fuhh, rindu gila seyh nak pegang title student ke mahasiswi ke. perghhh.

dah cakap dah entri ni merepek. korang nak baca jugak, apa boleh buat. doadoa kanlah esok lusa tulat mulat saya ada idea yang best untuk dikarang. amin.

whatsoever: faizal tahir sangat hot, wahah. dah cakap tadi, tau. saja cakap lagi.

No comments: