Sunday, November 30, 2008

hari tanpa televisyen

hari tanpa televisyen...? hmm.
pelik tapi benar. memang ada hari tanpa tv ni tapi bukan kat malaysia lah.
alahai, tengok poster pun dah tahu dah.
bikin acara bersama keluarga
kempen hari tanpa tv ni dilancarkan oleh negara indonesia.
satu pendekatan yang bernas sebenarnya.
sebabnya?
hobi menonton tv ni melalaikan !
tambah lagi dengan rancangan yang entah apa apa sekarang ni.
tapi, saya pun sebenarnya tk ada hak memperkatakan tentang keburukan tv ni.
saya pun kadang kala boleh terpaku di depan tv lebih 5 jam.
tragis sungguh pengaruh tv ini bukan.
konklusinya, kempen ini pun patut dijalankan oleh kerajaan malaysia kot.
banyak faedah rasanya kempen ni.
selain boleh mengeratkan silaturrahim antara masyarakat,
boleh jimat elektrik, kan.
possibilities untuk tv tu meletup pun blh dikurangkan. haha.

whatsoever: lepas spm ni rupanya membosankan ya.

Friday, November 28, 2008

sepi menemaniku

seriously ini my first time cakap and review pasal filem. *nervous seyh*
filem bertuah tersebut ialah

SEPI


okay okay. tahu saya sudah ketinggalan kapal selam dan bermacam jenis kapal lagi. filem ini dah lama ditayangkan kat pawagam tp saya baru berpeluang menontonnya malam ini. ya, sungguh. saya tak tipu. tk sempat nk tgk kat wayang sbb clash dgn exam mid year. dah beli cd dia pun sebenarnya lama dah. cuma tk berkesempatan nk tgk. menahan diri lah tu maksudnya dan saya berjaya ! wahah. lebih 4 bulan tahan diri. let me cut the crap yea.

filem ini sangat bagus. ada mesej yang boleh dikongsi.
Sepi membawa tagline :

cinta tak datang hanya sekali


komen saya?
mungkin betul. sbb kalau tidak, takkanlah ada orang berkali kali jatuh cinta.
tapi bagi saya.. awak yang terbaik, sayang.
bermula dengan sebuah kemalangan, cerita adam, sufi dan imaan digarap sebaiknya.



ADAM DAN ILYANA

watak adam yang dibawa afdlin shauki tersangatlah superb.
sampaikan saya sendiri dpt rasa kesepiannya.
satu dialog antara adam dan ilyana (lakonan Vee) :

buat apa kita berjumpa kalau untuk berpisah ?

itu seriously berjaya menyentap hati saya okay.
dan alhamdulillah, endingnya berakhir dengan kebahagiaan ;'D


SUFI DAN MARYA
kisah tony eusoff ini sangat tragis okay. isteri dia mati dalam kemalangan.
dan untuk mengubati kesepian dia, setiap hari dia akan berlari, berlari dan berlari.
sampailah dia jumpa marya.
one dialogue between sufi dan marya (lakonan eja) :


kenapa kita bertemu kalau bukan untuk bersama ?

hah. yang ini pun tersentuh juga. mcm ditujukan kepada saya.
aduhai. dah mula perasan ni. :)
dan endingnya tk best sangat. sufi meninggal. haish.

IMAAN, KHALIL DAN EAN

kematian khalil terlalu sadis.
saya yg tgh menunggu msg pending pun boleh terpaku buat lebih 10 saat !
terlopong sebab tersangat sangat kejam cara khalil meninggal.
sebab nak leraikan pergaduhan mat mat indon dekat ats jejantas tu,
khalil kena tikam lepas tu ditolak daripada jejantas tu.
tau tak jejantas tu sangat tinggi ?? dan bawah tu longkang besar. hmm.

ean sangat comel. syed hussein pula kan.
kesabaran dia pikat imaan tk ada tandingan. hebat betul.
macam macam ean buat untuk dapatkan sebuah senyuman daripada imaan.
tapi, puisi sepi imaan adalah yang paling best tahu !



Thursday, November 27, 2008

winged

adakah kamu mahu tahu maksud title di atas..?
tak nak tahu pun kena tahu jugak sbb saya nak bagitahu. haha.
nampak sangat paksa seyh.

winged : having wings. x) mudah kan.

saya pilih perkataan itu kerana.. i've achieved the freedom.
esspeeeiymm is way over people. way over.
secara tuntasnya, ( cikgu kamal, sila bangga ya. ayat cikgu ni. )
spm tidaklah seteruk yang saya sangkakan.
masih boleh dijawab. masih boleh difaham. masih boleh.. err..
abaikannn.
hmm. freedom ini pun sebenarnya tidaklah seronok sangat rupanya. haha.
masih belum berpeluang meluangkan masa utk taiwan-korean marathon.
ouh, my cousin called.
ajak tengok movies lah tu tp paper dia belum pun habis. hee.
dan saya ke klinik selepas kesakitan yang teramat sangat.
selepas didiagnos, ouhhh ouh.

SAYA ADA SINUS aka RESDUNG weyhh. -.-"

mcm biasa. ubat tahan sakit. antibiotic. habiskan. haiyyo.
saya tidur dgn awal malam ini.
10.30 dah masuk tidur. kalah malam nak spm. haha.

Tuesday, November 25, 2008

di belakang nama

okay. tools ni adalah googlism yg kita boleh google berkaitan nama, tarikh or apa apa lah.
saya dapat genius tool ini dari sini.
mari kita lihat apa tools ni cakap pasal saya ya.
@soal hmm.

mereka kata: nuha is what we call in the trade my "fixer"
saya kata:
@cakap

mereka kata: nuha is now 22
saya kata: im not. im only 17 okay.
@satu

mereka kata: nuha is a child of my town
saya kata: what's the name of your town eh. ;)


mereka kata: nuha is currently a student and enjoys sewing in her spare time
saya kata: half true. im a student but i dnt enjoy jahit lah weyh. -.-"

mereka kata: nuha is to provide a quality program that offers boys and girls an opportunity to

saya kata: i didnt organize anything except the sleepover but boys are not allowed aite.

mereka kata: nuha is still participating as well

saya kata: im participating as well in what..? cant u be more specific? @kening

mereka kata: nuha is a sweet
saya kata: why, thank you.
@malu hahah.

mereka kata: nuha is truly her father's strongest supporter
saya kata: maybe.

mereka kata: nuha is 14
saya kata: liar.
@hidung

mereka kata: nuha is back from turkey
saya kata: i didnt go anywhere lah weyh.
@tumbuk

mereka kata: nuha is a dental technician who is currently seeking employment in the hendersonville area
saya kata: i hope not. i dislike technician as well as that henderson bla bla area.

mereka kata: nuha is a 40 year old widow
saya kata: ouh, ini sudah melampau ni !
@marah

mereka kata: nuha is the member of the group who does the travelling
saya kata: haha. i wish.
@doa

mereka kata: nuha is a member of staff of the international centre in bethlehem
saya kata: bethle... what??

mereka kata: nuha is what we call in the trade my "fixer" — a word she dislikes
saya kata:
@bising

mereka kata: nuha is what we
saya kata: apakah.
@garu

okay. tools ini sangat gila. hahah.
ouh, kalau nak try dengan nama anda, meh sini.
happy gelakking.
@minum

Monday, November 24, 2008

bukan yang terbaik

saya dengan ini, ingin mengakui yang saya bukan yang terbaik. saya tak sempurna. itu sesuatu yang pasti. malah saya bukanlah kakak yang terbaik untuk adik-adik saya... ija,anan,mar,man, maafkan kakak, dik. kadang kadang kakak garang, panas baran, jerit sampai nk terkeluar anak tekak marahkan kamu yang malas belajar, malas buat homework, gaduh sesama sendiri, berebut bilik air, itu satu kekesalan bagi kakak.

kakak juga tak letakkan kesalahan tu atas bahu kamu semua. salah tu ada di pihak kakak juga kan. kita sama sama manusia. dan insyaAllah, kakak janji kakak akan cuba perbaiki diri kakak dari semasa ke semasa tapi bukan secara drastik. mahu tak terkejut kamu semua nanti kalau tiba tiba sangat kakak berubah. ya tak? kakak akan cari jalan. jalan untuk kembalikan hubungan kita adik beradik yang kadang kala dingin dan kadang kala panas.

ijah. kakak tak pernah bencikan ijah walaupun kadang kadang kakak memang kurang senang dengan perangai ijah yang lebih terikut-ikut dengan perangai kawan kawan. ijah tu perempuan, dik. tak perlu nak buat perangai tak semenggah macam tu. apa yang ada pada ijah adalah yang terbaik. tak payah nak berkawan dengan orang yang gedik untuk jadi popular. kakak terasa dan kecil hati sangat bila ijah tulis kat blog ijah yang ijah bencikan kakak dan ammar. teruk sangat ke kakak ni pada pandangan mata ijah...? kakak juga tak nak ijah terus menerus sakitkan hati umi dan abah. mereka tetap orang tua kita, jah. dan jangan asyik cakap nak lari dari rumah... kakak tahu, banyak sangat salah faham dan kekusutan antara kita berdua sampai kakak dah tak mampu nak leraikan. cuma satu kakak nak ijah tahu. dari dulu, memang kakak letakkan tanggungjawab jaga umi, abah dan adik adik pada ijah kalau kakak dah tak ada suatu hari nanti. kakak sayangkan ijah.

anan. anan abang, dik. abang untuk ammar dan aiman. anan adik lelaki sulung kakak. anan kena protect adik beradik kita. kakak tahu anan masih belum matang. tapi belajarlah jadi dewasa, nan. jangan asyik nak menyakat adik adik. jangan fikirkan diri sendiri je. kakak tahu, kadang kadang kakak pun salah, selalu nak menangkan ammar dan aiman walaupun dah terang lagi bersuluh dia orang yang salah. tapi anankan abang...? dan kakak tahu kakak tak ada hak nak suruh anan mengalah sebab kadang kala kakak pun jarang nak mengalah dengan adik adik kakak. sebab tu kakak cakap, ikut yang baik baik sahaja. anan dah boleh fikir mana baik dan mana buruk sebelum buat apa apa tindakan. jangan cakap perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain. sayang adik adik, nan. kita lima beradik je. kakak sayangkan anan.

mar. mar adik ketiga kakak. kakak tahu, mar lain daripada adik adik kakak yang lain. maksud kakak, mar suka menangis, suka menjerit kalau ada yang mar tak puas hati atau mar tak dapat. kenapa macam tu dik...? setiap bebelan kakak pada mar untuk suruh mandi, tukar baju, gosok gigi, buat homework adalah untuk kebaikan diri mar. kakak tak nak orang menjauhkan diri daripada mar sebab perangai mar yang jarang nak pentingkan kebersihan. kakak tak kisah mar nk jadi nerd tapi jadilah nerd yang bergaya. bila kakak tegur, mar akan cakap "biarlah. mar nak buat ikut cara mar." tak boleh, dik. kita hidup bermasyarakat. ada keluara, ada kawan kawan. orang akan pandang dan nilai apa yang kita buat dengan hidup kita. lain kali ingat. bila nak makan guna tangan, tolak nasi tu dengan ibu jari. jangan biar jari tu terkangkang je. berterabur habis smua nasi. kakak sayangkan mar.

man. adik kakak yang bongsu. yang manja yang amat walaupun lelaki. man buah hati kakak. sayang... be a boy dik. maman dh 6 tahun. tahun depan dah nak sekolah rendah, darjah satu. jangan cakap pelik pelik yang orang tak boleh faham macam "nyarrr... nak kengg." apa bendalah yang adik cakap ni dik. kakak tahu abah dan umi memang manjakan adik. kakak tak kisah pun sebab kakak sendiri pun manjakan adik. adik kan baby kakak. sayang dh tak boleh minum susu dalam botol dah tau. tapi macam biasa, abah bagi exception kat adik. puas kakak dan abang abang bertekak dengan abah semalam. adik dah besar. mana boleh bagi chance. hilang kemachoan adik nanti. tapi, abah tetap menangkan adik. sebab badan adik kecik. abah cakap kesian. adik memang pandai buat muka sepuluh sen tu. hati abah cepat je cair. jaga mr.yellow tu elok2. dia kan anak cik bulan kakak. kakak sayangkan maman.

adik adik kakak, kakak tahu kakak bukan yang terbaik. dan entri ini pun cuma sebahagian dari luahan rasa kakak untuk adik adik kakak empat orang. bila kakak dah nak sambung belajar nanti, jaga sesama sendiri elok elok. jangan asyik nak gaduh. kakak harap hubungan adik beradik kita akan bertambah elok dari sehari ke sehari. kakak tak minta banyak. cukuplah kita tak bermasam muka antara satu sama lain. kakak sayang korang semua. ;')

whatsoever: rindu sama kamu, syg.

Saturday, November 22, 2008

kiraan ke bawah

huallaweyh. tinggal satu paper saja lagi. yayy~ @tepuktangan
hari hari yg menegangkan segala urat ini bakal berakhir. @raya
pelik. sangat pelik.
subjek yang saya rasa susah.. exp: bio and phys,,
soalan dia boleh tahan senang. @adil
bila yg kita expect nk jd senang.. exp: addmath,,
punyalah susah sampai menitis air mata ni.
rasa mcm dh tk ada life masa tu. @tensyen
but anyway, yg penting my focus untuk subjek seterusnya tak hilang.
hmm. semalam petang, abah tanya soalan susah! @gigit

abah: kamu dh fikir nk jadi apa? dh pilih Uni mana?
saya: err... @fikir tak tahu lagi. medic kot.
abah: kalau medic, 6 tahun tau.
saya: tahu.. nk pergi tempat yang relatives kita tk pergi lagi. @doa
abah: papua new guinea?
saya: hah? tk naklah. @takbole
abah: habis tu? medan? sama tempat dgn abg nizam.
saya: dekat sangat. nnti org tnya nua belajar kat mana.. kalau kata medan, nanti orang kata "ouhh,, medan...."
abah: Russia?
saya: dia atas-atas sikit eh bah. ada salji kn?
abah: *anggukan*
saya: @nari

p.s.
okay, sangat tragis. saya tahu. apalah ada pada tempat ya tak.
yang penting, keinginan kita utk belajar dan berjaya.
cheywah. cakap tk serupa bikin. hee x)
im still searching though.
kena consider qualification of the universiti lagi.
kalau boleh, of courselah im hoping for the scholarship.
tk lah menyusahkan orang tua.. kan?
tp mcm my dad kata, kalau tk dpt, dia nk biaya.
anyway, if my dad nk tanggung, then i might be choosing yg less expensive.
surely not ireland lah kan.
6 tahun rm SATU JUTA weyhh! -.-"
jadi, selepas saya check di JPA punya site di sini ,
saya jumpa Universitas Andalas, Padang.
setahu saya, view dia tersangat lawa memandangkan U tu di atas bukit.
tapi itupun tk sure lagi utk belajar kat situ. @sakit
masih mencari. hmm.
masih dalam dilema jadi sebarang kemungkinan akan diupdate later ya.

whatsoever: terlupa dh pulangkan buku teks est. artikel apa nk baca nii @soal

Thursday, November 20, 2008

kesenaraian kemestian kebuatan

tiba-tiba teringat favourite word saya sewaktu form 3.. @ulatbuku
iaitu menambah imbuhan ke-an ke dalam setiap perkataan yang saya cakap!
*teruja tuh* @gila
credit: thanks to shikin omar yg mengingatkan saya siang tadi @sembah
dan disebabkan kenakalan melampau,
perkataan begini telah muncul dalam hidup saya.

i. kefaham-fahaman
ii. ketiada duitan
iii. kewhateveran
iv. kesiangan [ in indo, bkn bgn lmbat ke? ]

okay. sudah. cukup. intro terlebih panjang pula. @ketuk
sedangkan apa yg saya ingin lakukan adalah senarai mesti buat saya lps spm.
hahah. terjemah dari title ya. ( buang ke-an itu )

senarai mesti buat lepas spm


1. pergi ke IKEA sehari selepas spm untuk mencantikkan bilik saya yang sedia cantik. [?]
2. menggesa abah membawa saya ke kelas memandu.
3. membuang mengenepikan buku-buku pelajaran yang tidak lagi digunakan.
4. tidur keatas (sleepover) bersama rakan-rakan yang akan balik dari asrama ^^
5. membalas dendam dengan menonton cd korea dan taiwan tanpa henti.
6. memborong lebih banyak cd korea (kalau ada fulus.ades)
7. menemankan nenek di kampung sambil menonton winter sonata.
8. mengiakan diri masuk British Council untuk improvekn my english.
9. belajar memasak.

ouh, senarai ini akan diupdate sekiranya saya terlintas apa-apa. @rindu

whatsoever: 3 days and 8 papers to go. i cant wait! @tepuktangan

Wednesday, November 19, 2008

dia tidak ketahuan

tahu tak kenapa orang dulu-dulu kahwin muda or shud i say.. awal?
haha. u won't find the answer with me.
tapi ini ada cerita yang datangnya dari mulut ke mulut.
berdasarkan cerita yang benar.
the power is in your hand. iklan celcom pula. abaikan.

heroin: seorang gadis berusia 14 tahun.
hero: seorang jejaka berusia 34 tahun.

p/s: beza umur mereka 20 tahun. wahh. *teruja*

al kisah.
pada suatu hari, si gadis bermain di halaman rumahnya.
al maklumlah, anak gadis sunti belasan tahun.
bermain teng teng di halaman bersama rakan-rakan sebaya.
berbaju kurung bertocang ayu. cheh.
padahal orang dalam rumah tu sibuk menguruskan majlis.
malah, terdapat sebuah pelamin berhias sederhana di pangkin rumah si gadis.
lantas, rakannya bertanya:

" awak.. pelamin tuu.. siapa nak kahwin??"

lantas si gadis berpaling ke belakang dan mengintai rumahnya seraya berkata:

"entahlah. tak tahu pulak kita."

lalu, mereka pun menyambung balingan batu untuk bermain teng teng.
tanpa si gadis menyedari, pelamin itu adalah untuk dirinya,
yang akan berkahwin pada esok hari.
wahah. tragis sungguh!

ini cerita benar lah weyh. moyang saya punya cerita kahwin.
disampaikan mulut ke mulut oleh bonda saya :)
dan moyang saya masih hidup, tahu.

whatsoever: nak kerja lama-lama baru fikir pasal kahwin!

Monday, November 17, 2008

warkah untuk seorang teman

sincerely to: siti maryam bt ayob ,,

assalamualaikum maryam..
i knew that u takkan pernah baca surat ni but still..
*sighs*
semalam, masa zatul call kita nk beritahu pasal awak,
kita dh ada somewhat bad feeling.
dan ternyata, betul, berita yg menanti kita tu berita yg tragis utk awak.
ayahanda awak- encik ayob telah meninggal dunia kelmarin.

maryam..
masa kita call awak semalam pun, awak dh mcm emotionless.
even everyone yg ckp dgn awk pun rasa mcm tu.
kita pernah rapat dgn awak..
even kita dulu diterima ke asrama yg sama kan?
dan hati kita ni mcm dirobek bila dapat berita tu.....
plus kita berdua skrg ni tgh dlm mood spm.
dan ayah awak pergi..
kita seriously afraid that u might be broke down.
tapi kita tahu awak kuat, insyaAllah :)
dan kita sendiri nak awak kuat.
ingat pesanan ayah awak.. impian dia..
hadiahkanlah keputusan spm awak nanti untuknya.
yang termampu utk kita lakukan adalah memberi semangat pada awak
dan sedekahkn al-Fatihah untuk arwah ayah awak.


whatsoever: im taken by him;)

Sunday, November 16, 2008

agaknya

haish. apakah maksud tajuk di atas ya. *thinking*
ya, hari ini hari ahad. ahad tergolong dalam hari minggu selain sabtu.
dan anak dara itu adalah saya. haa xD

whatsoever: intro yg sangat entah apa apa. abaikan.

hari yang agak lapang. hmm.
kalau ikut time saya jd pengawas dulu,
kalaulah saya tulis perkataan agak dalam laporan harian,
contohnya:
kantin hari ini agak bersih.
pelajar pelajar agak berdisiplin semasa perhimpunan.

hmm. alamatnya, kena sebijik dgn senior !
agak ini perkataan terlarang sungguh.
sebabnya, senior tak tahu kantin tu bersih ke kotor.
dan tak tahu sama ada pelajar benar benar berdisiplin atau tidak.
alasan yang cukup dan sangat mudah.

maka, laporan saya berbunyi begini:
kantin pada hari ini adalah sangat kotor dan ada pelajar yang bergaduh.
pelajar pelajar sangat berdisiplin semasa perhimpunan berjalan.
ambil kau.

whatsoever: rasa sedih tuition addmaths dgn cikgu aru dh habis :')
thank you so much teacher !

Saturday, November 15, 2008

the myths of heart

suara hati. yeap. dengarlah kata hati anda. pfft.
what am i merepek-ing ini.
sudah macam iklan lah pula kan, kan.
back to the main point. pernahkah anda dgr ttg mitos ini...?

.satu.
when you are searching for someone you love,
well, not exactly the cari jodoh okay.
its more to when u can't find him/her at certain moment.
cthnya: he went to buy an ubi rebus and u didn't know which place he went.
so, close your eyes and imagine his face.
say it in your heart that you wanted to find him.
and count from one until five.
p/s: do it in a very slow motion pls!
and at the count of five,, open your eyes slowly. i said slowly.
and u can see him in less than 100 metres from u.

sweet isnt it...?
i mean, its all about trusting your heart.

.dua.
you are on the tallest/highest tower of your country.
p/s: kat malaysia, kl tower lah kot.
okay, i knew that it's 421m above ground level.
but i didnt know how many levels the kl tower have. is it 60?

whatsoever: anyone yg tau, let me know and i'll do corrections.

assuming it is 60, the kl tower surely have a lift, right?
again, assuming that to get to the 60 level,
it would take one minute and forty seconds depending on the speed.
if u hold ur breath for the full one minute and forty seconds,
any wishes of yours will come true.

hmm. ini pelik sikit. however, u can still try though.

credit: diolah semula dari filem my girl :)

Friday, November 14, 2008

dalam kelambu

ignored the title people. im not even sleeping with it.

whatsoever: kelambu itu perkataan yg sangat unik. ouh, shut up.

perkara pokok>> saya telah ditag dengan bangganya,
oleh nasQuin :)

ouh, perkara ini sangat mendebarkan! haha.

this is what im supposed to do okay.

1. Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now
2. Don't change your clothes, don't fix your hair.. just take a picture.
3. Post that picture with NO editing.
4. Post these instruction with your picture.
5. Tag 5 people to do this.


ohoh. marilah lihat gambar saya ya! *biting nails*

ahah. me and my cousins, tete. yes, tete. go, laugh.
im looking kiddies in the pic. idk why.

whatsoever: her real name is siti humaira. she's four.
she's a cutie. *nodding*

okay, nas. im done. hee x)

Wednesday, November 12, 2008

the lenguh-hand day

second day of spm and there is still no signs of nervous.
okay. my feelings are getting weirder.
last night, i even spent time an hour to watch tv.
the hilarious series of awan dania on channel 104 Astro. pfft.

scha sangat selamba dan that guy sangat macho ! xD


i did do some revision on history.
its the paper two of history people. essays.
english. damn. i wasted about an hour for section a.
still. i manage to catch up and finish my more than 350 words essay.
half an hour break and me,zah&qys were studying literature.
we were hoping that moral values or themes..
but hey- its the spm.

malangnya yg keluar:

describe the ending of the novel you had learnt.
explain why you find the ending of the novel is either happy or sad.

whatsoever: ada some parts yg missing kot. abaikan.

well. me is me and saya goreng itu cerita smpai jadi tiga pages. wohoo.
ada yang menjeling dan rasa sangat cemburu. pfft.
ada yang pandang dengan rasa stress.
aduuhai. *sighs*

the history part: its killing me like crazy!
head raced on and heart beating vigorously. seriously.
and bila buka soalan. hmmm.
not that easy and not that hard. not hard as i was imagine it wud be.
kira tahap suam-suam kuku. syukur :)

as well as yesterday, the exam ended at 4.30 pm.

Tuesday, November 11, 2008

the day of doom

yes. my day of doom. i shud be afraid. i shud be feeling nervousing whatsoever.
but surprisingly, i didnt. was the nerve in me somewhat in trouble..?
the minute i sit on my chair and placed my ic and exam slip,
i felt calm. im in peace. duhh.
the first day of my malaysia education certificate (mec)
credit: idea asal perkataan ini dari nas :)

whatsoever: it still the spm people. hmm.

the first paper was bahasa melayu paper 1.

not bad.


the history paper 1 after one hour break,,

damn. well, i did my best.


the second paper of bahasa melayu ended at 4.30
p/s: saya sangat berbau x)

okay. apakah yang telah terjadi ! soalan sgt pelik.


ya, selamat tinggal bahasa melayu.

whatsoever: ditujukan kepada komsas juga.


Tuesday, November 4, 2008

my graduation

tanggal 4 nov bolehlah dikatakan detik terindah untuk form5 niners
sbb today is our graduation day! yayy~
sangat nervous and unthinkable feelings gitu. hahah.
majlis bermula tepat jam 8.30 pagi [sebenarnya dh kira lambat tuh]
lagu negaraku.lagu sekolah.damn.
kami nyanyi lagi cepat dari tempo. aduhaii. malu seyh.
bacaan doa.ucapan pengetua; syahdu betul...
pagi2 dh kna sound dgn cikgu zalma. hmph. tadah jelah yer.
5sains1 start dulu with ayie smpailah zah.
smpat lagi break kat tmpat letak jubah and snap a pic.

from left; xaty,adie,nunu&qs :)

ouh, duduk tempat balik and everyone merintih lapar.
dahlah tk ada makanan disediakan, tak leh keluar dewan beli pulak.
mendera mental dan perut betul T.T
and tunggu punya tunggu, barulah turn for my 2nd anugerah
everyone macam berlari bagai nk gila utk dapatkn jubah balik. haru betul.
and msa time for me ambil button badge tu,
the pegawai PPD said to me:
nuha, tahniah ya !

a smile for him.a smile for principle.and off i went.
and duduk lagi. berapa banyak duduk daa.
ouh, tiba2 raja zarin dtg and bagi me this cute teddybear.
sangat cumeyl okays.

a gift from umi actually.
and everyone sort of jealous esp danny. haha.
the card was written:
to my dearest daughter nuha, congratulations!

and i got to take a pic with several friends of course.
ouh, picture time i was receiving the anugerah will be updated later.

yang inii, di hadapan pintu rumah saya ya ! o.O
the pictures of me with my several guy friends will be kept private.
terima kasih x)