Wednesday, December 17, 2008

sebuah senyuman terukir

hari yang sangat mendebarkan dan mengecutkan segala urat sendi.
6.30 pagi lagi dah bangun dan syifa tengah solat subuh.
semalam, entah pukul berapa dia tidur nak habiskan dvd 39 episod tu.
ya, hari ini saya akan menduduki test berkomputer itu !!
dan saya telah memilih baju kurung cotton berwarna biru untuk dipakai.
7.30 dah siap, nervous punya pasal dan saya bersarapankan nasi goreng special.
tepat jam lapan abah menghantar saya ke pejabat metro.
masa saya sampai tu, adalah beberapa orang perempuan yang dah tiba lebih awal.
ouh, saya diserang nervous breakdown yang teramat sangat di hadapan seven eleven.
dan afiq intended to call me tapi saya tolak.
sbb, saya rasa saya akan lebih nervous bila dengar suara dia. hm.
jadi dalam pukul 8.50 , saya tiba di pusat ujian berkomputer metro,
tak silap saya di seksyen 25. kot. ingatkan di kampung melayu.
punyalah ramai orang yang tengah menunggu.
dan saya bertemu dengan teman lama; aini syahirah.
tidak berbual panjang pun sbb dh smpai turn dia ambil test tu.
lama juga kena tuggu turn tu. dahlah sejuk dgn lima aicond terpasang.
pukul 10.45, akhirnya nama saya dipanggil dengan penuh mesra [?]
okay. bilik ujian tu lagi sejuk ! noktah.
tangan saya menggigil dan menggeletar masa pegang mouse tu.
tak dapat nak digambarkan dengan kata kata.
saya double check for every question walaupun ada satu soalan yang saya allergic sangat,,
soalan pasal motor. aduhai. saya tak terror lah bab motor.
tak smpai 45 minit, saya berjaya menyiapkan 50 soalan ujian berkomputer tu.
menggeletar lagi tangan saya tekan butang keputusan.
44 per 50. tidaklah sebagus yang saya jangkakan tp sy ttp brsyukur.
saya lulus, alhamdulillah :)
tidaklah saya mengecewakan orang tua saya kan. hee.
dan saya ke shah alam mall bersama abah utk beli barang dapur.
petangnya pula, saya ikut bonda ke kompleks pkns.
niatnya nak beli tote bag berwarna silver keemasan bertali rimau. haha.

yeap. ini dia. the price quite reasonable actually dan bonda yang belikan,,
rm33.10 after 10% less. okaylah kan? kan?
em. yeah. saya sangat speechless sbb dah penat lah weyh -.-"
up up and away..

whatsoever: jumpa kakak yang dah ambil ujian untuk kali ketiga ;)

No comments: