Thursday, December 18, 2008

ouh ouh

hari ni saya pergi menonton wayang lagi bersama keluarga,
kali ni cerita cicak man 2: planet hitam.
tak ada ulasan menarik pasal filem KRU ini. fullstops.
saya tidak jumpa klimaks filem ini dan..
bonda saya tertidur ketika tayangan berlangsung.
kebiasaannya, kalau bonda saya boleh tertidur, alamatnya,
memanglah filem itu tidak menepati piawaian kepuasan yang sewajarnya.
kali ni lain sikit sbb pergi dgn syifa sekali.
ouh ouh, masa singgah kedai Bata untuk beli kasut sukan afnan,
saya bertemu sepasang kasut yang sangat comel.
harganya.. fuh. cantik juga; rm79.90
tapi bila saya tunjuk pada bonda sahaja, beliau tanya:
"cuba try. muat ke?"
saya membalas: "muat. tengok ni ha. longgar lagi"
tiba tiba, bonda memberi anggukan. wahh.
impian menjadi kenyataan.
inilah kasut yang saya maksudkan.

terima kasih, mi :) i love it.

whatsoever: been shopping for two consecutive days !

No comments: