Sunday, December 14, 2008

kotak masa

tiba tiba teringat masa ujian lisan ULBS bahasa melayu tingkatan tiga.
itu tahun 2006 rasanya. di kala keriangan menjadi milik saya.
haha. sensitif sensitif.
cikgu bahasa melayu saya masa tu pn. nor ashikin majid.
kecil molek orangnya tp anak dah ada tujuh. wah.
dah ada PhD lagi tau.
kira saya mmg tabik spring lah kat cikgu shikin tp dia dh pindah last year. hmm.
saya ingat lagi ujian lisan yang saya kena buat time tu.
saya buat er.. dendang er.. lagukan syair bertajuk Hang Nadim.
haha. itu sajak dalam buku teks budak darjah lima. obses. noktah.
buat pengetahuan kamu,
entri ni bukan utk cerita pasal PELAJAR TINGKATAN TIGA YANG LAGUKAN SAJAK DALAM BUKU TEKS BUDAK DARJAH LIMA !
tapi pasal apa yang siti buat untuk ULBS masa tu. sangat mantap. dijamin.
dia buat tentang madah madah cinta seorang gadis.
kejap. saya tunjuk okays.

tak tahu kalau korang boleh baca atau tidak, jadi saya akan tuliskan satu satu kat sini.

pertama
saya tidak pernah mimpi akan sayang pada awak..
malah saya pernah cakap pada diri saya,
saya akan membenci awak seumur hidup saya.
tetapi, awak selalu hadir di sisi dan cakap..
awak perlukan saya sampai saya sendiri rasa,
saya memang perlukan awak untuk saya sayangkan diri saya.

kedua
kalau awak jadi mata saya,
saya takkan buka mata sampai awak sedar,
mata awak adalah saya.

ketiga
kalau saya jadi awan yang membawa hujan,
saya akan pastikan setiapa titisan hujan yang saya jatuhkan kena diri awak,
supaya awak sedar akan kewujudan saya. tapi sekiranya awak jadi titisan air tu,
saya sanggup untuk demam setiap hari.

keempat

di saat saya merasakan saya tidak cocok buat diri awak, awak hadir
lalu berkata awak suka dan sayang akan saya.. namun,
di saat saya ingin memeluk hati awak,
awak tega sembunyikannya dengan dalam lalu beralihkan diri.

yang ini dari hati seorang lelaki

sigadis: kenapa awak bagi saya bunga plastik? tak romantik langsung awak ni !
siteruna: saya bagi awak bunga plastik sebab saya nak awak tahu
yang sayang saya pada awak hanya akan gugur
bila kelopak terakhir bunga ini layu. tapi sayang..
awak tahu sayang saya pada awak takkan gugur sebab bunga ini takkan layu.

apa yang telah saya cakap tadi? sangat bagus kan?
kalaulah boleh diulang balik waktu zaman keriangan tingkatan tiga,
apa pun sanggup saya lakukan tapi itu kan mustahil.

whatsoever: rindu nak dengar suara sumbang danial menyanyi. haha.

No comments: