Tuesday, December 23, 2008

kenapa gelabah sangat ni? nak pergi perang apa!

dushh! saya mmg patut kena tumbuk je. jd punchbag pun okay jugak.
okay, nuha. bernafas. bernafas. hembus.
pagi pagi lagi kepala dah berat. surely pasal semalam demam ni.
dan saya dalam dilema memilih baju untuk dipakai...! tskk. T.T
akhirnya baju baru yang beli kat tesco warna coklat itu menjadi pilihan.
tggu punya lama utk diambil smpai hampir dah nak tukar baju tk jadi prgi.
tiba tiba dengar hon kereta kancil dan nampak muka abg shah. legaa.
mula mula sampai office metro tu mmg nervous sangat dah dan jumpa sfwn.
abg shah tunjuk main component dlm kereta and function benda alah semua tu.
kak aina try drive dulu and the other girl and barulah saya.
supposed ada empat tempat yg saya perlu belajar asas asas dia.
tp disebabkan kesuntukan waktu, saya hanya sempat belajar tiga benda.
JALAN RAYA.PARKING.BUKIT. yg tk sempat hnya 3 PENJURU saja.
ouh, saya sangat sengal dalam parking dan bukit ! damn.
APA HAL TIAP KALI NAK REVERSE KAKI KANAN SAYA TEKAN BREK WEYH ?? tskk.
dan
APA KES ENJIN KERETA ASYIK MATI BILA SAYA BAWAK ?
masa tu saya terbayang satu benda je dalam kepala saya ni.
muka parents yang mengharapkan saya lulus. adoii.
nasib baik abg shah mengajar dgn penuh kesabaran dan senyuman ;)
masa kat bukit, boleh pulak kereta tu terundur ke belakang..! -.-"
TAHU TAK SANGAT SUSAH MAINTAIN CLUTCH DAN MASA YANG SAMA TEKAN MINYAK?!
serious kaki menggeletar seyh.
side mirror saya smpai terlanggar palang besi penanda bukit tu.
tapi still memandu itu sangat seronok jugaa. haha.
sekarang ini saya hanya perlu tunggu lesen L saya dikeluarkan,
lepas tu boleh lah belajar untuk ambil lesen P pula. woah. tak sabarnyaa.

whatsoever: seluruh badan terasa sengal. haha.

5 comments:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

salam

ramlyotai.blogspot.com

aberamly.wordpress.com

fawani said...

hoho.
teringat setahun yg lalu swktu blaja driving..
susaaaahhhh! haish.
xpe.dah dpt lsen nnt tros lpuskan cara2 bwk kete manual.heheheh

syrrul said...

mak aih! bestnyeeee! kite tak daftar pon lagi :((

saya said...

fawani: hahaha. ta sabar ouh nak delete itu dari memoriiii

saya said...

syrrul: mareh mareh daftarr ;)