Monday, December 8, 2008

aidil dan adha

wukuf di padang arafah sudah bermula. hm.
kira hari tasyrik lah kan. 11,12 dan 13 zulhijjah 1429 H

teringat lagi kali pertama saya menjejakkan kaki ke kota suci mekah pd 2006.
bukanlah pada hari raya aidil adha pun. sekadar nak kongsi pengalaman. hee. boleh kan.
masa tu saya tingkatan tiga. nak pmr.
satu family pergi masa tu. perasaan yang sukar digambarkan.
maklumlah, pertama kali jadi macam macam fikiran berlegar di kepala saya.
contoh:
bolehkah saya sempurnakan ibadah umrah ni kat sana?
lancar ataupun ada halangan?
hm. common question lah kot yang semua orang terfikir. kan?
yang best sekali, pemergian ke mekah ni dah jadi macam rombongan cik kiah. haha.
mana tidaknya, ada si danial fakhri dengan fawwaz tuu.
DAHLAH DARI FORM 1 ASYIK GADUH DENGAN SI DANIAL SAMPAI MASAM MUKA 3 HARI. -.-"
tp naik form3, kita orang dah mula rapat. sama kelas pulak tu.
sampai kena gosip. what lan seyh.
cop! mari kita berbalik ke topik utama. dah sesat jauh ni.
susah nak terangkan perasaan nampak kaabah masa tu. fuhh.

my siblings semua macam teruja sangat. wahh. kaabah. kaabah!
nasib baik masa tu pukul 12.30 malam waktu mekah. sejuk, tak ramai orang.
cepat, mudah dan senang sempurnakan umrah. alhamdulillah.
saya sekeluarga mengambil pakej umrah dari YHA Travel and Tours.
sebelum ke mekah, kami menziarahi kota madinah.
masjid nabawi sangat lawa okay plus ada aircond keluar dari tiang. hebat tk?
saya juga sempat mengunjungi raudhah, tapak perkuburan al-baqi'..

ouh, ini ketika kami di tempat mencetak al Quran. sangat best tau :)
walaupun suhu di kota mekah masa tu punyalah bahang
SAMPAI PERIT MATA DAN SAMPAI NUHA KENA PAKAI CERMIN MATA KAT KEPALA DIA !
okay. tak lawak langsung.
yang paling best dan paling teruja, sebelum balik,
saya berpeluang untuk mencium hajarul aswad selepas ditolak dan ditindih dengan siku beberapa makcik berbadan besar dari pakistan, india, iran, etc. adoiii.
apa punya orang ni. budak kecik mcm saya pun nak dibulinya. hmm.
apa apa pun, pengalaman itu memang terlalu indah dan sukar untuk saya lupakan.
kat mekah juga saya pertama kali lihat filem ini

a walk to remember. yeah. filem yang menyentuh jiwa gadis saya :')
off the record.
sebenarnya saya pelik kenapa saban tahun, raya semakin suram.
saya tak dapat nak rasakan kemeriahan dan kewarman suasana raya tu lagi.
dan menurut bonda saya, raya haji lah yang sepatutnya kita sambut secara meriah.
sebab raya Qurban ni sampai tiga hari sedangkan raya puasa sehari je.
hm. apa apa pun, kita hayatilah pengorbanan nabi nabi terdahulu.

whatsoever: senyuman taufiq sangat menggoda boleh tak..??

No comments: