Friday, November 28, 2008

sepi menemaniku

seriously ini my first time cakap and review pasal filem. *nervous seyh*
filem bertuah tersebut ialah

SEPI


okay okay. tahu saya sudah ketinggalan kapal selam dan bermacam jenis kapal lagi. filem ini dah lama ditayangkan kat pawagam tp saya baru berpeluang menontonnya malam ini. ya, sungguh. saya tak tipu. tk sempat nk tgk kat wayang sbb clash dgn exam mid year. dah beli cd dia pun sebenarnya lama dah. cuma tk berkesempatan nk tgk. menahan diri lah tu maksudnya dan saya berjaya ! wahah. lebih 4 bulan tahan diri. let me cut the crap yea.

filem ini sangat bagus. ada mesej yang boleh dikongsi.
Sepi membawa tagline :

cinta tak datang hanya sekali


komen saya?
mungkin betul. sbb kalau tidak, takkanlah ada orang berkali kali jatuh cinta.
tapi bagi saya.. awak yang terbaik, sayang.
bermula dengan sebuah kemalangan, cerita adam, sufi dan imaan digarap sebaiknya.



ADAM DAN ILYANA

watak adam yang dibawa afdlin shauki tersangatlah superb.
sampaikan saya sendiri dpt rasa kesepiannya.
satu dialog antara adam dan ilyana (lakonan Vee) :

buat apa kita berjumpa kalau untuk berpisah ?

itu seriously berjaya menyentap hati saya okay.
dan alhamdulillah, endingnya berakhir dengan kebahagiaan ;'D


SUFI DAN MARYA
kisah tony eusoff ini sangat tragis okay. isteri dia mati dalam kemalangan.
dan untuk mengubati kesepian dia, setiap hari dia akan berlari, berlari dan berlari.
sampailah dia jumpa marya.
one dialogue between sufi dan marya (lakonan eja) :


kenapa kita bertemu kalau bukan untuk bersama ?

hah. yang ini pun tersentuh juga. mcm ditujukan kepada saya.
aduhai. dah mula perasan ni. :)
dan endingnya tk best sangat. sufi meninggal. haish.

IMAAN, KHALIL DAN EAN

kematian khalil terlalu sadis.
saya yg tgh menunggu msg pending pun boleh terpaku buat lebih 10 saat !
terlopong sebab tersangat sangat kejam cara khalil meninggal.
sebab nak leraikan pergaduhan mat mat indon dekat ats jejantas tu,
khalil kena tikam lepas tu ditolak daripada jejantas tu.
tau tak jejantas tu sangat tinggi ?? dan bawah tu longkang besar. hmm.

ean sangat comel. syed hussein pula kan.
kesabaran dia pikat imaan tk ada tandingan. hebat betul.
macam macam ean buat untuk dapatkan sebuah senyuman daripada imaan.
tapi, puisi sepi imaan adalah yang paling best tahu !



No comments: