Monday, November 3, 2008

inspirasi

hmm.. well, i was reading kak nurul's blog a few moments back and i found her latest entry on senarai kesyukuran based on hanis zalikha's blog. im a follower for both of the blog. ngee x) al kisah, saya dengan bangganya mengumumkan saya pun nak buat jugak senarai kesyukuran ni kerana hanis mengtag senarai ini kepada orang ramai.

nota kaki: sbb saya perasan yang saya ni tergolong dalam kategori orang ramai, dengan penuh kesedaran, saya luangkan jugak masa buat senarai ini.

senarai kesyukuran nuha muneerah

1. saya bersyukur nama saya nuha muneerah yang bermaksud pandai bersinar.

2. saya bersyukur abah argue dengan umi nak letak nama muneerah kat nama saya sbb kalau tak, nama saya jadi nuha je.

3. saya bersyukur muneerah tu dieja dengan double 'e' instead of 'i' sbb nanti common sangat.

4. saya bersyukur arwah atuk saya ustaz sbb kalau tk, perangai saya mesti tak semenggah. [?]

5. saya bersyukur saya lahir bulan 7 walaupun zodiak saya leo yang berwajah singa. ( mcm tau2 je yang saya ni garang )

6. saya bersyukur saya ni anak sulung sbb saya boleh protect adik-adik saya.

7. saya bersyukur saya tak ada dalam kategori lawa (manis&comel je) sbb nanti saya riak.

8. saya bersyukur umur saya 17 tahun sbb saya akan dapat lesen memandu lepas spm.

9. saya bersyukur saya ni rajin berusaha walaupun tak pandai sangat.

10. saya bersyukur saya tinggal kat seksyen 7 dengan jiran2 yang ramah walaupun ada pangkat datuk-datin, tan sri-puan sri

11. saya bersyukur saya masih ada abah dan umi.

12. saya bersyukur saya masih bernyawa dan masih boleh menggeliat setiap pagi.

13. saya bersyukur saya ada rasa malas sbb kalau tk, hidup saya akan sangat boring.

14. saya bersyukur saya pernah masuk asrama sbb saya belajar hidup berdikari.

15. saya bersyukur saya keluar asrama 3 bulan lepas tu sbb saya takut saya jadi gila.

16. saya bersyukur saya sentiasa ada niat nk berubah walaupun tk terberubah lagi.

17. saya bersyukur laptop saya dh nk nazak sbb nanti saya boleh dapat laptop baru.

18. saya bersyukur saya masuk kelas 5 sains 1 sbb saya akan belajar bersungguh-sungguh.

19. saya bersyukur saya dapat 7a untuk trial walaupun sebenarnya saya aim at least 8a.

20. saya bersyukur saya ada adik-adik yang ramai sbb rumah kami meriah dengan jerit pekik.

21. saya bersyukur saya suka sastera sbb kawan2 akan rujuk saya untuk buat ayat power.

22. saya bersyukur kampung saya kat bandar sbb tak lah parents saya berebut nak balik kampung yang mana satu setiap kali raya.

23. saya bersyukur saya ada adik lelaki yang lebih tinggi dari saya sbb saya boleh ajak dia berlakon jadi boyfriend saya.

24. saya bersyukur saya pernah jadi pengawas sbb saya dapat kenal dengan 'dia'.

25. saya bersyukur saya pernah kenal dengan dia sbb dia beri kenangan indah pada saya.

26. saya bersyukur saya ada zahidah yang saya boleh kongsi cerita sedih dan gembira.

27. saya bersyukur saya kenal bieha,manie,zira,rabie,syafu dan anis sbb mereka teman saya.

28. saya bersyukur saya ada lesung pipit kat pipi kiri sbb orang kata saya manis.

29. saya bersyukur saya cucu sulung daripada anak bongsu nenek sbb nenek sayang saya lebih.

30. saya bersyukur saya seorang perempuan sbb saya boleh suka lelaki.

31. saya bersyukur saya boleh berkawan dengan sesiapa sahaja walaupun tk berapa nk sosial.

32. saya bersyukur saya masih boleh bergurau senda dengan orang yang saya pernah suka.

33. saya bersyukur saya ikut kata hati saya sbb saya akan puas hati.

34. saya bersyukur saya ada cikgu2 yang sentiasa nak membantu saya dalam pelajaran.

35. saya bersyukur saya suka mewarna sbb saya selalu menang tempat pertama.

36. saya bersyukur saya rabun jauh dan saya perlu duduk di barisan hadapan kelas sbb saya boleh dapat berkat air liur cikgu dan saya takkan tidur.

37. saya bersyukur saya boleh dikatakan selalu melancong sbb saya boleh jumpa ramai lelaki yang handsome-handsome. [?]

38. saya bersyukur saya menulis dengan tangan kanan sbb tulisan saya orang kata lawa.

39. saya bersyukur saya diberi nikmat penglihatan sbb saya suka tengok pemandangan.

40. saya bersyukur saya pernah suka ramai orang dalam hidup saya sbb saya boleh cerita dengan bangga kat bestfriends anak-anak dan cucu-cucu saya.

41. saya bersyukur umi saya kahwin muda sbb umi dh jadi mcam kawan saya.

42. saya bersyukur saya ada adik perempuan bawah saya walaupun kami pernah bergaduh main tarik rambut dan cakar-mencakar.

43. saya bersyukur masih ada yang sudi membaca senarai kesyukuran saya ini.

44. saya bersyukur adik bongsu saya lelaki sbb saya boleh panggil dia sayang dan minta dia cium saya tiap2 hari.

45. saya bersyukur saya dikelilingi manusia yang sangat menyayangi saya dan saya juga menyayangi mereka.

46. saya bersyukur saya follow blog kak nurul dan dapat tahu tentang senarai kesyukuran ni.

47. saya bersyukur hanis zalikha mencetuskan idea yang bernas tentang senarai ini.

48. saya bersyukur sangat saya diberikan nikmat iman dan nikmat islam untuk menerangi hidup saya.

maka, dengan ini, saya mengakhiri senarai kesyukuran saya walaupun nak tulis
banyak lagi tp saya rasa sampai esok pun tetap tak habis ditulis. x)

6 comments:

ZARA 札拉 [사랑해~] said...

bagusnya anda menulis dengan sebegitu panjang...

bersyukur kita atas nikmat yg ada!

nuhamuneerah abdhakim said...

terima kasih. ouh, anda pun boleh buat senarai kesyukuran ini :)

[nurulooney] said...

no 15 - heheheheeh so funny!!

akk pon dok asrama tp mase form 4, 5 ngan 6 kejap b4 masok matric uia. cara bagos utk berkawan ramai & berdikari kan?

nuhamuneerah abdhakim said...

ha'ah. betul2. tp dorm-mates sangat kejammm. T.T

Fasya said...

like the idea. cool

nuhamuneerah abdhakim said...

marilah membuatnya ya x)