Sunday, November 30, 2008

hari tanpa televisyen

hari tanpa televisyen...? hmm.
pelik tapi benar. memang ada hari tanpa tv ni tapi bukan kat malaysia lah.
alahai, tengok poster pun dah tahu dah.
bikin acara bersama keluarga
kempen hari tanpa tv ni dilancarkan oleh negara indonesia.
satu pendekatan yang bernas sebenarnya.
sebabnya?
hobi menonton tv ni melalaikan !
tambah lagi dengan rancangan yang entah apa apa sekarang ni.
tapi, saya pun sebenarnya tk ada hak memperkatakan tentang keburukan tv ni.
saya pun kadang kala boleh terpaku di depan tv lebih 5 jam.
tragis sungguh pengaruh tv ini bukan.
konklusinya, kempen ini pun patut dijalankan oleh kerajaan malaysia kot.
banyak faedah rasanya kempen ni.
selain boleh mengeratkan silaturrahim antara masyarakat,
boleh jimat elektrik, kan.
possibilities untuk tv tu meletup pun blh dikurangkan. haha.

whatsoever: lepas spm ni rupanya membosankan ya.

No comments: