Wednesday, November 19, 2008

dia tidak ketahuan

tahu tak kenapa orang dulu-dulu kahwin muda or shud i say.. awal?
haha. u won't find the answer with me.
tapi ini ada cerita yang datangnya dari mulut ke mulut.
berdasarkan cerita yang benar.
the power is in your hand. iklan celcom pula. abaikan.

heroin: seorang gadis berusia 14 tahun.
hero: seorang jejaka berusia 34 tahun.

p/s: beza umur mereka 20 tahun. wahh. *teruja*

al kisah.
pada suatu hari, si gadis bermain di halaman rumahnya.
al maklumlah, anak gadis sunti belasan tahun.
bermain teng teng di halaman bersama rakan-rakan sebaya.
berbaju kurung bertocang ayu. cheh.
padahal orang dalam rumah tu sibuk menguruskan majlis.
malah, terdapat sebuah pelamin berhias sederhana di pangkin rumah si gadis.
lantas, rakannya bertanya:

" awak.. pelamin tuu.. siapa nak kahwin??"

lantas si gadis berpaling ke belakang dan mengintai rumahnya seraya berkata:

"entahlah. tak tahu pulak kita."

lalu, mereka pun menyambung balingan batu untuk bermain teng teng.
tanpa si gadis menyedari, pelamin itu adalah untuk dirinya,
yang akan berkahwin pada esok hari.
wahah. tragis sungguh!

ini cerita benar lah weyh. moyang saya punya cerita kahwin.
disampaikan mulut ke mulut oleh bonda saya :)
dan moyang saya masih hidup, tahu.

whatsoever: nak kerja lama-lama baru fikir pasal kahwin!

No comments: