Monday, November 24, 2008

bukan yang terbaik

saya dengan ini, ingin mengakui yang saya bukan yang terbaik. saya tak sempurna. itu sesuatu yang pasti. malah saya bukanlah kakak yang terbaik untuk adik-adik saya... ija,anan,mar,man, maafkan kakak, dik. kadang kadang kakak garang, panas baran, jerit sampai nk terkeluar anak tekak marahkan kamu yang malas belajar, malas buat homework, gaduh sesama sendiri, berebut bilik air, itu satu kekesalan bagi kakak.

kakak juga tak letakkan kesalahan tu atas bahu kamu semua. salah tu ada di pihak kakak juga kan. kita sama sama manusia. dan insyaAllah, kakak janji kakak akan cuba perbaiki diri kakak dari semasa ke semasa tapi bukan secara drastik. mahu tak terkejut kamu semua nanti kalau tiba tiba sangat kakak berubah. ya tak? kakak akan cari jalan. jalan untuk kembalikan hubungan kita adik beradik yang kadang kala dingin dan kadang kala panas.

ijah. kakak tak pernah bencikan ijah walaupun kadang kadang kakak memang kurang senang dengan perangai ijah yang lebih terikut-ikut dengan perangai kawan kawan. ijah tu perempuan, dik. tak perlu nak buat perangai tak semenggah macam tu. apa yang ada pada ijah adalah yang terbaik. tak payah nak berkawan dengan orang yang gedik untuk jadi popular. kakak terasa dan kecil hati sangat bila ijah tulis kat blog ijah yang ijah bencikan kakak dan ammar. teruk sangat ke kakak ni pada pandangan mata ijah...? kakak juga tak nak ijah terus menerus sakitkan hati umi dan abah. mereka tetap orang tua kita, jah. dan jangan asyik cakap nak lari dari rumah... kakak tahu, banyak sangat salah faham dan kekusutan antara kita berdua sampai kakak dah tak mampu nak leraikan. cuma satu kakak nak ijah tahu. dari dulu, memang kakak letakkan tanggungjawab jaga umi, abah dan adik adik pada ijah kalau kakak dah tak ada suatu hari nanti. kakak sayangkan ijah.

anan. anan abang, dik. abang untuk ammar dan aiman. anan adik lelaki sulung kakak. anan kena protect adik beradik kita. kakak tahu anan masih belum matang. tapi belajarlah jadi dewasa, nan. jangan asyik nak menyakat adik adik. jangan fikirkan diri sendiri je. kakak tahu, kadang kadang kakak pun salah, selalu nak menangkan ammar dan aiman walaupun dah terang lagi bersuluh dia orang yang salah. tapi anankan abang...? dan kakak tahu kakak tak ada hak nak suruh anan mengalah sebab kadang kala kakak pun jarang nak mengalah dengan adik adik kakak. sebab tu kakak cakap, ikut yang baik baik sahaja. anan dah boleh fikir mana baik dan mana buruk sebelum buat apa apa tindakan. jangan cakap perkataan yang boleh menyakitkan hati orang lain. sayang adik adik, nan. kita lima beradik je. kakak sayangkan anan.

mar. mar adik ketiga kakak. kakak tahu, mar lain daripada adik adik kakak yang lain. maksud kakak, mar suka menangis, suka menjerit kalau ada yang mar tak puas hati atau mar tak dapat. kenapa macam tu dik...? setiap bebelan kakak pada mar untuk suruh mandi, tukar baju, gosok gigi, buat homework adalah untuk kebaikan diri mar. kakak tak nak orang menjauhkan diri daripada mar sebab perangai mar yang jarang nak pentingkan kebersihan. kakak tak kisah mar nk jadi nerd tapi jadilah nerd yang bergaya. bila kakak tegur, mar akan cakap "biarlah. mar nak buat ikut cara mar." tak boleh, dik. kita hidup bermasyarakat. ada keluara, ada kawan kawan. orang akan pandang dan nilai apa yang kita buat dengan hidup kita. lain kali ingat. bila nak makan guna tangan, tolak nasi tu dengan ibu jari. jangan biar jari tu terkangkang je. berterabur habis smua nasi. kakak sayangkan mar.

man. adik kakak yang bongsu. yang manja yang amat walaupun lelaki. man buah hati kakak. sayang... be a boy dik. maman dh 6 tahun. tahun depan dah nak sekolah rendah, darjah satu. jangan cakap pelik pelik yang orang tak boleh faham macam "nyarrr... nak kengg." apa bendalah yang adik cakap ni dik. kakak tahu abah dan umi memang manjakan adik. kakak tak kisah pun sebab kakak sendiri pun manjakan adik. adik kan baby kakak. sayang dh tak boleh minum susu dalam botol dah tau. tapi macam biasa, abah bagi exception kat adik. puas kakak dan abang abang bertekak dengan abah semalam. adik dah besar. mana boleh bagi chance. hilang kemachoan adik nanti. tapi, abah tetap menangkan adik. sebab badan adik kecik. abah cakap kesian. adik memang pandai buat muka sepuluh sen tu. hati abah cepat je cair. jaga mr.yellow tu elok2. dia kan anak cik bulan kakak. kakak sayangkan maman.

adik adik kakak, kakak tahu kakak bukan yang terbaik. dan entri ini pun cuma sebahagian dari luahan rasa kakak untuk adik adik kakak empat orang. bila kakak dah nak sambung belajar nanti, jaga sesama sendiri elok elok. jangan asyik nak gaduh. kakak harap hubungan adik beradik kita akan bertambah elok dari sehari ke sehari. kakak tak minta banyak. cukuplah kita tak bermasam muka antara satu sama lain. kakak sayang korang semua. ;')

whatsoever: rindu sama kamu, syg.

No comments: