Sunday, November 16, 2008

agaknya

haish. apakah maksud tajuk di atas ya. *thinking*
ya, hari ini hari ahad. ahad tergolong dalam hari minggu selain sabtu.
dan anak dara itu adalah saya. haa xD

whatsoever: intro yg sangat entah apa apa. abaikan.

hari yang agak lapang. hmm.
kalau ikut time saya jd pengawas dulu,
kalaulah saya tulis perkataan agak dalam laporan harian,
contohnya:
kantin hari ini agak bersih.
pelajar pelajar agak berdisiplin semasa perhimpunan.

hmm. alamatnya, kena sebijik dgn senior !
agak ini perkataan terlarang sungguh.
sebabnya, senior tak tahu kantin tu bersih ke kotor.
dan tak tahu sama ada pelajar benar benar berdisiplin atau tidak.
alasan yang cukup dan sangat mudah.

maka, laporan saya berbunyi begini:
kantin pada hari ini adalah sangat kotor dan ada pelajar yang bergaduh.
pelajar pelajar sangat berdisiplin semasa perhimpunan berjalan.
ambil kau.

whatsoever: rasa sedih tuition addmaths dgn cikgu aru dh habis :')
thank you so much teacher !

No comments: